TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penggantungan aktiviti PN tidak jejas persiapan BN hadapi PRN Melaka - Saravanan

By
|
Kongsi
image

TAPAH, 25 Sept. – Perintah penggantungan aktiviti terhadap gabungan Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa sejak Rabu lalu tidak memberi sebarang kesan terhadap persiapan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan menegaskan bahawa BN sememangnya bergerak secara berdikari berdasarkan rekod pencapaian memberangsangkan dalam siri PRN di Negeri Sembilan dan Johor sebelum ini.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui pihak media pada Majlis Sumbangan Pendidikan 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Tapah di sini hari ini.

Saravanan menjelaskan bahawa sejarah kejayaan BN dalam pilihan raya terdahulu membuktikan bahawa sokongan rakyat serta kerinduan terhadap pentadbiran gabungan itu kekal utuh.

Beliau turut mempertegaskan pendirian rasmi kepimpinan teratas gabungan berkenaan seperti yang dinyatakan oleh Presiden BN sebelum ini untuk terus bertanding secara solo.

Dalam majlis terbabit, Ahli Parlimen Tapah berkenaan menyempurnakan penyerahan sumbangan kewangan kepada 194 pelajar yang layak bagi peringkat Ijazah, Diploma, Sijil, serta Tingkatan 6.

Media tempatan sebelum ini melaporkan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengeluarkaan perintah penggantungan ke atas seluruh aktiviti PN berkuat kuasa pertengahan minggu ini.

Perikatan Nasional merupakan gabungan politik yang dianggotai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti India Muslim Malaysia (MIPP), serta Parti Wawasan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset