Berita Berita
Tegur mabuk dan buat bising, anggota polis dibelasah warga Myanmar hingga cedera di kepala, badan
KUANTAN 25 Sept – Seorang anggota polis cedera selepas dipercayai dibelasah dua lelaki warga Myanmar ketika menegur mereka yang didakwa mabuk dan membuat bising di tepi jalan di Kampung Pamah Kulat, Raub, awal pagi Jumaat.
Kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu menyebabkan anggota berpangkat koperal berkenaan mengalami bengkak di bahagian kepala dan badan.
Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, anggota terbabit pada mulanya ke lokasi selepas menerima aduan penduduk mengenai gangguan yang dilakukan dua lelaki berkenaan.
Kedua-dua suspek dipercayai bekerja di sebuah ladang durian di kawasan berkenaan.
"Anggota terlibat telah menegur suspek yang ketika itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan membuat bising dengan memasang pembesar suara yang kuat di tepi jalan.
"Suspek tidak berpuas hati lalu terus memukul mangsa," katanya.
Menurut Azry, polis kemudiannya menahan kedua-dua suspek berusia 26 dan 30 tahun bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan," katanya.
Berita berkaitan
September 25, 2026, 10:40 pm
Malaysia tak boleh tanggung sendirian, dunia digesa kongsi beban pelarian Rohingya - Tok Mat
September 25, 2026, 7:20 pm
Penantian 36 tahun berakhir: Anwar ucap tahniah skuad sepak takraw rangkul emas Sukan Asia
September 25, 2026, 7:04 pm
Anggota tentera maut kemalangan di Lebuh Meru Raya selepas menghadiri program Qiamulail
September 25, 2026, 6:01 pm
Saravanan, isteri dan 3 anak diberi tempoh 30 hari isytihar harta - SPRM
September 25, 2026, 3:16 pm
Aminuddin desak Ismail kemuka fakta khusus dakwaan kesalahan pentadbiran lalu cetus krisis adat Negeri Sembilan
September 25, 2026, 3:11 pm
Penggantungan aktiviti PN tidak jejas persiapan BN hadapi PRN Melaka - Saravanan
September 25, 2026, 2:58 pm
Dua pelajar didakwa tekap dada rakan guna seterika hingga cedera di tahfiz
September 25, 2026, 2:54 pm
SMKA Jempol jadi sekolah agama TVET pertama negara, dibina dengan kos RM98 juta
September 25, 2026, 2:44 pm
