TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Perniagaan pendatang tak pula diserbu', netizen persoal berbelas penguatkuasa hadir sita gerai kecil

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 25 SEPTEMBER – Tindakan penguatkuasa menyita gerai kecil milik peniaga tempatan dalam satu operasi baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang serta pertikaian dalam kalangan pengguna media sosial.

Isu itu tular selepas seorang pengguna, Khairul Nice, memuat naik video berdurasi 26 saat yang memaparkan sekumpulan anggota penguatkuasa sedang menjalankan operasi rampasan terhadap dua buah gerai penjaja di tepi jalan.   

Menerusi perkongsian tersebut, beliau meluahkan keprihatinannya terhadap nasib peniaga kecil yang bergantung sepenuhnya kepada jualan harian seperti nasi lemak dan kuih-muih bagi menyara kehidupan seharian.   

"Tular video rampasan gerai kecil diusahakan rakyat. Hampir belasan penguat kuasa turun walaupun cuma dua buah gerai. Tapi kalau dekat premis pendatang, tidak mahu serbu macam ini pula," tulisnya dalam hantaran tersebut.   
Menurutnya lagi, tindakan sedemikian secara tidak langsung menjejaskan punca pendapatan peniaga serta pembuat kuih tempatan yang mengharapkan rezeki daripada jualan di gerai berkenaan.   

Beliau turut mempersoalkan pendekatan pihak berkuasa yang tidak memberikan notis amaran terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan penyitaan.   

"Meniaga nasi lemak sahaja pagi-pagi, kamu buat macam ini putus pendapatan orang. Mak cik yang pergi letak kuih-muih pagi-pagi mesti sedih, kita yang tengok ini pun sedih. Kalau salah pun, berilah notis dahulu," katanya.   

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya mendoakan agar rezeki peniaga terjejas dipermudahkan serta memohon agar pihak berkuasa lebih bertimbang rasa dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap golongan penjaja kecil.   

+ - reset