Berita Berita
'Ibu sudah bersedia untuk meninggalkan kamu semua' - Mukhriz kongsi ayat terakhir Tun Siti Hasmah sebelum meninggal dunia
PUTRAJAYA 29 Sept – “Ibu sudah bersedia untuk meninggalkan kamu semua.”
Itu antara kata-kata Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika diziarahi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada malam sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Mukhriz berkata, ibunya ketika itu berada dalam keadaan ceria meskipun sedang menerima rawatan bagi penyakit lain sejak Sabtu.
"Saya bersama beliau malam tadi (Ahad malam), 'mood' beliau sangat ceria, tetapi ibu ada beritahu yang beliau sudah bersedia untuk meninggalkan kami semua," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pengebumian Pembesar Negara di Pusara Negara, Putrajaya.
Bagaimanapun, keadaan Allahyarhamah berubah secara tiba-tiba selepas mengalami serangan jantung kira-kira jam 8 pagi.
"Tanpa dijangka, pihak hospital memaklumkan arwah ibu mengalami serangan jantung kira-kira jam 8 pagi dan saya terus bergegas ke IJN.
"Pakar cuba melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) sebelum arwah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (CCU)," katanya.
Menurut Mukhriz, pihak hospital memaklumkan kepadanya bahawa usaha CPR dilakukan selama 15 minit dan akan dihentikan sekiranya jantung Allahyarhamah masih tidak memberikan tindak balas.
"Namun tepat 9.30 pagi, ibu meninggalkan kami semua," katanya.
Mengulas keadaan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz menjelaskan bekas Perdana Menteri itu berada di IJN untuk menemani isterinya sepanjang menerima rawatan.
"Tun Dr Mahathir tidak sakit, beliau cuma menemani Allahyarham sepanjang berada di hospital.
"Sudah tentu beliau amat sedih mengenangkan pasangan hidupnya selama 75 tahun itu," katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz bagi pihak keluarga merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa atas ucapan takziah dan ingatan yang diberikan susulan pemergian Allahyarhamah.
Berita berkaitan
September 29, 2026, 11:27 am
Syed Saddiq sebak menahan air mata melihat Tun M lemah menangis di pusara isteri tercinta
September 29, 2026, 11:25 am
1,476 warga Myanmar mula dihantar pulang hari ini, belum diketahui berapa ramai Rohingya
September 29, 2026, 11:19 am
Naik satu anak tangga, pasport Malaysia kini ditangga kedua paling berkuasa di dunia
September 29, 2026, 10:40 am
Pemberian khas RM1.5 bilion hanya langkah sementara, hak 40 peratus Sabah kekal dilindungi
September 29, 2026, 10:27 am
Ibrahim Ali desak SPRM jalankan siasatan tegas dan telus terhadap kerugian UiTM Holdings
September 29, 2026, 10:17 am
Jerebu kembali melanda, 31 stesen catat bacaan IPU tidak sihat di seluruh negara
September 29, 2026, 10:16 am
Mahkamah tanya pendakwaan kenapa belum bersedia, Saravanan mahu kes rasuah dibicarakan segera
September 29, 2026, 10:12 am
