Berita Berita
Jerebu kembali melanda, 31 stesen catat bacaan IPU tidak sihat di seluruh negara
PETALING JAYA, 29 Sept. – Fenomena jerebu dilapor kembali melanda beberapa negeri di seluruh negara apabila sebanyak 31 stesen pemantauan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9.40 pagi ini.
Data rasmi terbaharu daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara menunjukkan kawasan Serian di Sarawak merekodkan bacaan IPU tertinggi di seluruh negara dengan angka 175.
Dua stesen pemantauan di Johor iaitu Pasir Gudang dan Larkin turut mencatatkan bacaan udara tidak sihat yang tinggi, masing-masing pada paras 170 dan 169.
Kualiti udara di Bandaraya Melaka turut terjejas teruk dengan bacaan berada pada paras 166, manakala Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan 165 dan Johan Setia di Selangor merekodkan 163.
Stesen pemantauan di Bukit Rambai, Melaka serta Batu Pahat, Johor masing-masing merekodkan IPU pada paras 162.
Tiga stesen lain iaitu Pengerang dan Kota Tinggi di Johor serta Samarahan di Sarawak berkongsi bacaan IPU pada aras 160.
Beberapa kawasan padat penduduk seperti Cheras di Kuala Lumpur dan Kuching di Sarawak turut mencatatkan bacaan IPU 159, sama seperti paras yang dikesan di Tangkak, Johor.
Kawasan Shah Alam di Selangor dan Port Dickson di Negeri Sembilan masing-masing merekodkan IPU 157, manakala kawasan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mencatatkan bacaan 155.
Tiga lagi kawasan iaitu Alor Gajah di Melaka, Segamat di Johor, serta Rompin di Pahang dikesan merekodkan IPU pada tahap tidak sihat dengan bacaan seragam 154.
Kualiti udara di Banting, Selangor pula berada pada tahap 152, diikuti Kluang di Johor pada 151, Petaling Jaya pada 136, Sri Aman di Sarawak pada 133, dan Kuala Selangor pada 129.
Beberapa stesen pemantauan lain turut mencatatkan IPU melebihi julat tidak sihat termasuk Seri Manjung di Perak dengan bacaan 124, manakala Batu Muda di Kuala Lumpur, Indera Mahkota serta Balok Baru di Kuantan masing-masing berada antara 111 hingga 114.
Dalam pada itu, sebanyak 30 kawasan lain di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana.
Sebagai rekod, bacaan IPU antara paras 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, manakala julat antara 101 hingga 200 menunjukkan kualiti udara berada pada tahap tidak sihat.
Berita berkaitan
September 29, 2026, 11:27 am
Syed Saddiq sebak menahan air mata melihat Tun M lemah menangis di pusara isteri tercinta
September 29, 2026, 11:25 am
1,476 warga Myanmar mula dihantar pulang hari ini, belum diketahui berapa ramai Rohingya
September 29, 2026, 11:19 am
Naik satu anak tangga, pasport Malaysia kini ditangga kedua paling berkuasa di dunia
September 29, 2026, 10:40 am
Pemberian khas RM1.5 bilion hanya langkah sementara, hak 40 peratus Sabah kekal dilindungi
September 29, 2026, 10:27 am
Ibrahim Ali desak SPRM jalankan siasatan tegas dan telus terhadap kerugian UiTM Holdings
September 29, 2026, 10:16 am
Mahkamah tanya pendakwaan kenapa belum bersedia, Saravanan mahu kes rasuah dibicarakan segera
September 29, 2026, 10:12 am
