TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ibrahim Ali desak SPRM jalankan siasatan tegas dan telus terhadap kerugian UiTM Holdings

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 29 Sept. – Status siasatan rasmi berhubung dakwaan kepincangan pengurusan serta kerugian kewangan membabitkan UiTM Holdings masih mencetuskan tanda tanya apabila tiada laporan menyeluruh didedahkan kepada umum.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Ibrahim Ali memaklumkan bahawa beliau telah mengemukakan laporan rasmi mengenai isu berkenaan sejak tahun 2023 lagi.

Ibrahim yang juga bekas Presiden Kesatuan Siswa Institut Teknologi MARA (KSITM) dan bekas Ahli Lembaga Pengarah UiTM menyambut baik keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan semakan terhadap kelemahan pengurusan anak syarikat berkenaan baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, beliau mendesak Perdana Menteri agar tidak sekadar mengarahkan semakan pentadbiran, sebaliknya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan secara tegas dan telus.

Beliau menegaskan bahawa siasatan menyeluruh perlu merangkumi sebarang kemungkinan berlaku penyelewengan serta salah laku yang dipercayai telah mengakibatkan UiTM Holdings mengalami kerugian ratusan juta ringgit atau berkemungkinan mencecah RM1 bilion.

Menurut beliau, dua laporan rasmi telah diserahkan olehnya kepada SPRM iaitu pada 31 Januari 2023 dan laporan susulan pada 4 Disember 2023.

Salinan laporan terbabit turut diserahkan secara terus ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 5 Disember 2023 bagi makluman serta tindakan lanjut, namun tiada sebarang maklum balas diterima sehingga kini.

Beliau menzahirkan kekecewaan apabila status siasatan berhubung laporan berkenaan seolah-olah disenyapkan sewaktu Tan Sri Azam Baki memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Beliau menambah bahawa dakwaan berhubung kerugian melebihi RM1 bilion itu turut pernah disuarakan secara terbuka oleh bekas Naib Canselor serta bekas Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah.

Sehubungan itu, kenyataan serta maklumat yang pernah dikemukakan oleh tokoh akademik berkenaan wajar dijadikan sebahagian daripada skop siasatan berintegriti oleh pegawai penyiasat.

Beliau turut mempertanyakan tindakan agensi pencegah rasuah terbabit yang mengambil masa sehingga tiga tahun tanpa menghasilkan sebarang dapatan siasatan yang jelas kepada masyarakat.

Ibrahim mendakwa pernah menerima jawapan maklum balas daripada wakil SPRM menerusi aplikasi WhatsApp yang menyatakan bahawa tiada siasatan lanjut dijalankan atas alasan kekurangan bukti.

+ - reset