TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Syed Saddiq sebak menahan air mata melihat Tun M lemah menangis di pusara isteri tercinta

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 29 SEPTEMBER - Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Pusara Negara apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, tidak dapat menyembunyikan rasa sedih ketika menghadiri majlis pengebumian isteri tercintanya, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali semalam.

Ketabahan negarawan ulung berusia 101 tahun itu teruji apabila beliau kelihatan begitu lemah dan mengalirkan air mata di tepi pusara pendamping hidupnya.   

Keadaan tersebut turut tersentuh di hati Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang berada di lokasi bagi memberikan penghormatan terakhir. 

Beliau dilihat begitu sebak dan menahan genangan air mata ketika menyaksikan detik pilu tokoh berkenaan meratapi pemergian belahan jiwanya.   

Kenamaan lain serta sanak saudara yang hadir pada majlis itu juga kelihatan tidak mampu menahan emosi sewaktu jenazah selamat disemadikan. 

Kebanyakan tetamu reda dengan suratan takdir, namun tetap merasai kepedihan melihat seorang pemimpin tersohor diuji dengan perpisahan abadi.  

Ikatan kasih sayang pasangan berkenaan yang terbina selama lebih tujuh dekad sering menjadi contoh buat masyarakat. 

Pemergian arwah bukan sahaja meninggalkan duka mendalam buat keluarga terdekat, malah turut dirasai oleh sereluruh rakyat yang kagum dengan kesetiaan mereka.

+ - reset