TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Naik satu anak tangga, pasport Malaysia kini ditangga kedua paling berkuasa di dunia

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 29 Sept – Pasport Malaysia mencatat peningkatan dalam ranking global apabila kini berada di kedudukan kedua paling berkuasa di dunia berdasarkan The Passport Index Global Ranking 2026.

Kedudukan itu meningkat satu anak tangga berbanding tempat ketiga yang direkodkan tahun lalu.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi hantaran di media sosial pada Isnin berkata, pencapaian berkenaan mencerminkan kekuatan serta penerimaan pasport Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Berdasarkan penarafan tersebut, pemegang pasport Malaysia mempunyai akses ke 175 destinasi merangkumi 129 destinasi bebas visa, 46 destinasi dengan visa semasa ketibaan dan 23 destinasi memerlukan visa," menurut hantaran berkenaan.

Berdasarkan ranking tersebut, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tangga pertama sebagai pasport paling berkuasa dunia.

Malaysia pula berkongsi kedudukan kedua bersama Singapura, manakala Sepanyol berada di tangga ketiga.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Brunei berada di kedudukan ke-18 dunia, diikuti Timor-Leste (45), Thailand (52), Indonesia (55) dan Filipina (64).

Vietnam pula berada di tangga ke-71, Kemboja (73), Laos (78) dan Myanmar (85).

+ - reset