TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Tak ada adab', orang ramai kecam lelaki sempat suruh selfie dengan Tun M

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 29 SEPTEMBER - Kelakuan kurang sopan seorang individu lelaki yang sempat meminta untuk berswafoto bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika majlis penghormatan terakhir jenazah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali mencetuskan kemarahan ramai di platform media sosial.

Tindakan itu dirakam menerusi sebuah klip video tular yang memaparkan situasi hiba dalam majlis pengebumian serta ziarah berkenaan. 

Lelaki berbaju corak berkenaan dilihat menghampiri tempat duduk Tokoh Negara itu lalu memegang bahu serta merapatkan wajahnya semata-mata mahu mengambil gambar kenangan, meskipun suasana di sekeliling diselubungi duka cita.

Insiden itu menerima kecaman warganet yang menyifatkan perbuatan itu tidak beretika serta membelakangkan sensitiviti. 

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa terkilan kerana individu terbabit gagal mengawal diri dan mengutamakan konten berbanding menghormati perasaan keluarga yang sedang berduka.

Beberapa saksi dan penonton video berkenaan turut mempertikaikan adab sivik individu berkenaan yang sanggup mengganggu ketenangan Tun Dr Mahathir ketika beliau berada dalam keadaan sugul. 

Orang ramai mendesak agar masyarakat lebih peka dan menjaga tatasusila semasa menghadiri majlis kematian atau pengebumian tanpa mengutamakan kepentingan peribadi.

+ - reset