TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Warga asing tengking pemandu e-hailing lepas tak cukup bayar tambang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 29 SEPTEMBER – Niat seorang pemandu perkhidmatan e-hailing untuk mencari rezeki bertukar menjadi pertengkaran apabila timbul perselisihan faham berhubung bayaran tambang bersama sepasang suami isteri warga asing di sebuah kawasan tempat letak kereta, petang semalam.   

Kejadian yang sempat dirakam oleh orang ramai memaparkan pertengkaran mulut antara pemandu terbabit dengan pelanggan berkenaan yang dipercayai enggan menjelaskan tambang mengikut kadar sebenar.   

Menurut Lankos6588, pertikaian itu bermula sejurus pasangan tersebut tiba di lokasi tujuan sebelum pertengkaran menjadi lebih tegang apabila pihak wanita mula meninggikan suara dan membuat provokasi terhadap pemandu berkenaan. 
 
Suasana kelihatan begitu tegang apabila wanita tersebut terus menghamburkan kata-kata kesat sambil ditenangkan oleh suaminya yang berada di sebelah.   

Meskipun begitu, pemandu terbabit kekal mempertahankan haknya dan menegaskan agar bayaran dijelaskan sewajarnya sebelum meluahkan rasa terkilan atas sikap biadap pelanggan tersebut.   

Pertengkaran berlarutan selama beberapa minit sebelum pasangan warga asing berkenaan akhirnya beredar dari kawasan parkir tersebut.   

+ - reset