Berita Viral
Warga asing lagak samseng dipercayai langgar undang-undang premis di Pudu
KUALA LUMPUR 29 SEPTEMBER – Tindakan biadap seorang lelaki warga asing yang dipercayai bertindak sebagai pengurus premis kedai sayur di Pasar Pudu mengundang kecaman orang ramai apabila dia dilihat menjerit dan memarahi kumpulan aktivis yang membuat pendedahan berhubung pencerobohan laluan kaki lima.
Kejadian berlaku apabila kumpulan aktivis masyarakat membuat tinjauan di kawasan berkenaan selepas menerima aduan berhubung tindakan sesetengah peniaga yang meletakkan meja serta struktur binaan tambahan (awning) secara haram di atas kaki lima.
Hal demikian sekali gus menghalang pergerakan orang ramai yang menggunakan laluan awam di pasar tersebut.
Lelaki berkenaan yang memakai topi dan berbaju hitam bertindak agresif dengan meninggi suara serta melenting apabila dipertanyakan mengenai struktur perniagaan yang didirikan.
Dia mendakwa premis yang disewa merangkumi keseluruhan kawasan kaki lima tersebut, sekali gus membolehkan mereka meletakkan barang dagangan mengikut pusingan perniagaan tanpa menghiraukan undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Keadaan semakin tegang apabila beberapa individu tempatan yang disyaki mempunyai pertalian atau lindungan dengan perniagaan tersebut turut campur tangan serta cuba menghalang rakaman video dibuat.
Kumpulan berkenaan dilihat bertindak mempamerkan sikap acuh tak acuh dan mendesak aktivis supaya tidak membuat kacau gangguan di tapak berkenaan.
Insiden berkenaan tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan warganet yang mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pihak penguat kuasa segera mengambil tindakan tegas.
Rata-rata pengguna media sosial menyuarakan kekecewaan terhadap kebiadapan peniaga asing yang seolah-olah ‘besar kepala’ dan tidak menghormati undang-undang negara ini.
Berita berkaitan
September 29, 2026, 7:52 pm
Lelaki baran pukul 2 individu lepas bunyi kereta buat anak sedar dari tidur di Johor
September 29, 2026, 3:51 pm
Warga asing tengking pemandu e-hailing lepas tak cukup bayar tambang
September 29, 2026, 2:32 pm
'Tak ada adab', orang ramai kecam lelaki sempat suruh selfie dengan Tun M
September 29, 2026, 11:12 am
'Hantar balik sekolah memandu', pelajar dirempuh penunggang motosikal hingga terpelanting
September 28, 2026, 4:49 pm
Suami OKU dihalau dari petak parkir, isteri kecewa hak dipertikai penganjur
September 25, 2026, 7:24 pm
Berniaga makanan dalam tong sampah, taktik baharu warga asing elak dikesan pihak berkuasa
September 25, 2026, 4:54 pm
Kewujuduan sekolah warga Myanmar kini semakin meluas di Pudu?
September 25, 2026, 4:28 pm
'Perniagaan pendatang tak pula diserbu', netizen persoal berbelas penguatkuasa hadir sita gerai kecil
September 25, 2026, 11:22 am
