Berita Viral
Lelaki baran pukul 2 individu lepas bunyi kereta buat anak sedar dari tidur di Johor
MERSING 29 SEPTEMBER - Tindakan melampau seorang lelaki melampiaskan kemarahan dengan menampar serta menendang seorang pemuda di dalam sebuah premis serbaneka 24 jam di sini akhirnya memakan diri selepas dia berjaya ditahan pihak berkuasa.
Insiden pergaduhan yang dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) premis berkenaan memaparkan mangsa diserang secara tiba-tiba oleh suspek yang berbaju putih di kawasan lorong jualan barangan.
Difahamkan, pertengkaran berpunca daripada rasa tidak puas hati pelaku terhadap bunyi bising kenderaan milik rakan mangsa yang didakwa telah mengganggu dan mengejutkan anaknya daripada tidur sewaktu berada di atas jalan raya.
Terdahulu, rakaman video berkenaan tular di media sosial selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Kopikemilo yang meluahkan rasa kesal atas tindakan tidak rasional individu terbabit menyerang rakannya tanpa bertolak ukur.
Bagaimanapun, pemilik akaun terbabit memaklumkan bahawa hantaran berkenaan telah dipadamkan susulan perkembangan terbaharu daripada Pegawai Penyiasat (IO) yang mengesahkan suspek sudah berada dalam genggaman polis.
Kes berkenaan kini diserahkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang dan proses mahkamah.
Berita berkaitan
September 29, 2026, 6:18 pm
Warga asing lagak samseng dipercayai langgar undang-undang premis di Pudu
September 29, 2026, 3:51 pm
Warga asing tengking pemandu e-hailing lepas tak cukup bayar tambang
September 29, 2026, 2:32 pm
'Tak ada adab', orang ramai kecam lelaki sempat suruh selfie dengan Tun M
September 29, 2026, 11:12 am
'Hantar balik sekolah memandu', pelajar dirempuh penunggang motosikal hingga terpelanting
September 28, 2026, 4:49 pm
Suami OKU dihalau dari petak parkir, isteri kecewa hak dipertikai penganjur
September 25, 2026, 7:24 pm
Berniaga makanan dalam tong sampah, taktik baharu warga asing elak dikesan pihak berkuasa
September 25, 2026, 4:54 pm
Kewujuduan sekolah warga Myanmar kini semakin meluas di Pudu?
September 25, 2026, 4:28 pm
'Perniagaan pendatang tak pula diserbu', netizen persoal berbelas penguatkuasa hadir sita gerai kecil
September 25, 2026, 11:22 am
