Berita Viral
Lagi warga asing lagak samseng, dipercayai hina orang tempatan bila diserbu
KUALA LUMPUR 30 SEPTEMBER – Sikap biadab sebilangan warga asing yang bertindak seperti ‘samseng’ di bumi sendiri sekali lagi mencetuskan kemarahan netizen selepas tular satu rakaman video menunjukkan perbalahan hangat antara aktivis tempatan dan sekumpulan pekerja asing di sebuah kawasan premis perniagaan.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah kawasan pasar borong itu menyaksikan beberapa lelaki warga asing bersikap provokatif dan tidak puas hati apabila kehadiran mereka dipersoalkan oleh sekumpulan lelaki tempatan.
Berdasarkan rakaman video berdurasi 48 saat yang tular di media sosial, suasana bertukar tegang apabila beberapa individu tempatan menegur dan bertanyakan urusan keberadaan warga asing berkenaan di premis tersebut.
Bukannya memberi kerjasama, salah seorang warga asing berbaju merah dilihat mempertikaikan tindakan kumpulan tempatan itu dengan nada keras, manakala seorang lagi lelaki warga asing berbaju hitam tampil menyuarakan provokasi sambil tersenyum sinis di hadapan kamera.
Lebih menyakitkan hati, teks pada video berkenaan mendakwa lelaki warga asing tersebut tergamak mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan terhadap masyarakat Melayu dengan mengaitkan isu kesusahan hidup dan ekonomi.
Tindakan biadab itu bagaimanapun mendapat tentangan serta-merta daripada aktivis terlibat yang meminta mereka supaya 'berambus' dan menjaga tutur kata serta menghormati undang-undang negara ini.
Ketegangan tersebut hampir mencetuskan pergaduhan fizikal sebelum ditenangkan oleh individu lain di lokasi kejadian.
Di penghujung video, salah seorang wakil kumpulan memberi amaran terbuka kepada rakyat Malaysia agar lebih peka dengan kebanjiran serta kebiadapan segelintir warga asing yang semakin berani menguasai kawasan perniagaan tempatan.
Jualan perniagaan secara haram dan penguasaan premis oleh warga asing tanpa permit sah kini semakin menjadi barah di kawasan bandar.
Orang ramai mendesak pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk segera turun padang menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana premis atau warga asing yang melanggar undang-undang negara.
Berita berkaitan
October 1, 2026, 7:27 pm
Main masuk 'smart lane', penunggang motosikal melambung lepas divider dirempuh Vellfire
October 1, 2026, 6:06 pm
'Rider' maut dipercayai dilenyek lori lepas elak laluan khas motosikal di Plaza Tol Puchong Selatan
October 1, 2026, 1:45 pm
Lelaki kecewa pemandu bas halang guna laluan kecemasan sebab nak jumpa ayah nazak
October 1, 2026, 10:03 am
Warga Pakistan kena tangkap dipercayai minta duit perlindungan pada peniaga kecil
October 1, 2026, 8:36 am
Lori simpan 'stok' makanan kering jadi sarang tikus di RnR Seremban?
September 30, 2026, 7:02 pm
'Macam nak terhempas', pemandu kongsi rasa seram lihat kapal terbang buat 'pusingan u' rendah di Eco Majestic
September 30, 2026, 5:03 pm
Tular aksi polis kejar pemandu lori hijau di Pasir Gudang
September 30, 2026, 9:56 am
