TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Lori simpan 'stok' makanan kering jadi sarang tikus di RnR Seremban?

By
|
Kongsi
image

SEREMBAN 1 OKTOBER – Satu perkongsian tular di media sosial mencetuskan rasa jijik orang ramai apabila sebuah lori yang didakwa dijadikan tempat penyimpanan bahan makanan kering di sebuah medan selera sekitar Rehat dan Perkhidmatan (RnR) Seremban arah utara dikesan menjadi sarang pembiakan tikus.

Kejadian berkenaan dirakam menerusi sebuah klip video yang dimuat naik oleh Nazitsme, sekali gus membongkar tahap kebersihan kedai makan di kawasan sekitar.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu, sekumpulan tikus kelihatan berkeliaran dan bertenggek di atas bumbung serta bahagian cermin hadapan lori.

Nazitsme turut meluahkan rasa terkejut dan jijik dengan situasi yang disaksikannya sendiri di lokasi kejadian.

"Yang aku tahu trak ini tempat simpanan makanan bahan kering salah satu 'foodcourt' dekat kawasan RnR Seremban arah utara. Kalau macam ini punya banyak, rasa-rasa dekat dalam itu dah 10 keturunan ada situ, tobat (taubat)," katanya menerusi hantaran tersebut.

Pendedahan itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa kesal dan bimbang terhadap aspek kebersihan serta keselamatan makanan yang dijual kepada orang ramai.

Rata-rata pengguna media sosial mendesak pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengambil tindakan tegas dengan melakukan pemeriksaan serta tindakan susulan terhadap premis yang terlibat bagi mengelakkan risiko pencemaran makanan.

+ - reset