Berita Berita
SPRM belum terima aduan rasmi dakwaan perbelanjaan berlebihan KKDW RM2.1 bilion
PUTRAJAYA, 1 Oct. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan belum menerima sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan sebanyak RM2.1 bilion oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman memaklumkan bahawa agensi berkenaan hanya mengetahui isu terbabit menerusi laporan media massa dan belum ada laporan rasmi dikemukakan setakat ini.
Beliau enggan mengulas panjang mengenai isu berkenaan memandangkan tiada sebarang aduan rasmi diserahkan kepada pegawai penyiasat.
Abd Halim menegaskan bahawa siasatan lanjut akan segera dijalankan sebaik sahaja aduan rasmi diserahkan secara sah kepada agensi berkenaan.
Kenyataan terbabit disampaikan oleh beliau sewaktu sidang media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-59 SPRM dan Perhimpunan Bulanan SPRM di sini hari ini.
Terdahulu, Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa agensi pencegah rasuah itu menyiasat KKDW berhubung dakwaan perbelanjaan dana yang didakwa melebihi had peruntukan.
Isu berkenaan turut mendapat respon daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menafikan sebarang salah guna peruntukan.
Ahmad Zahid menegaskan bahawa semua perbelanjaan kementerian dilaksanakan secara telus mengikut jumlah yang telah diluluskan dalam belanjawan kerajaan.
Berita berkaitan
October 1, 2026, 8:12 pm
Bayi dalam kandungan maut, ibu maut motosikal dirempuh kenderaan pacuan empat roda
October 1, 2026, 8:08 pm
PM hargai peranan Pakistan usahakan rundingan damai AS-Iran
October 1, 2026, 6:37 pm
JIPS gempur Taman Keramat, lapan anggota polis antara sembilan ditahan terlibat aktiviti air ketum
October 1, 2026, 6:06 pm
Isu New Age Movement: Marhamah sedia letak jawatan jika terbukti menyesatkan orang
October 1, 2026, 5:42 pm
Langgar pelajar di lintasan zebra depan sekolah, penghantar makanan mengaku tidak bersalah
October 1, 2026, 4:04 pm
'Saya tak mahu KLIA jadi macam Selayang' - Mohd Shuhaily
October 1, 2026, 12:52 pm
Bapa dipenjara 13 tahun kerana bunuh lelaki rogol anak berusia 12 tahun
October 1, 2026, 12:49 pm
