TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua beradik perempuan hilang selepas keluar rumah di Lembah Jaya Utara

By
|
Kongsi
image

AMPANG JAYA, 1 Oct. – Dua beradik perempuan yang merupakan pelajar sekolah menengah dilaporkan hilang selepas keluar secara berasingan dari kediaman mereka di Lembah Jaya Utara hujung minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid mengesahkan bahawa laporan berhubung kehilangan remaja berumur 16 dan 17 tahun itu dibuat oleh ibu mereka.

Menurut maklumat laporan, anak sulung mangsa, Syazana Qurratu Aini Zulhazmi yang berusia 17 tahun keluar makan bersama rakan di kawasan sekitar kediaman pada jam 8 malam Sabtu lalu dan tidak kembali ke rumah.

Pada keesokan harinya, anak kedua mangsa, Nur Qistina Fhatanah Zulhazmi yang berusia 16 tahun pula keluar meninggalkan rumah dengan memaklumkan mahu menghadiri karnival sekolah di SMK Taman Kosas.

Khairul Anuar memperincikan fizikal Syazana Qurratu Aini yang mempunyai ketinggian 159 sentimeter, berat 45 kilogram, serta berkulit cerah.

Adiknya, Nur Qistina Fhatanah pula diperincikan mempunyai ketinggian 155 sentimeter, berat 45 kilogram, serta berkulit hitam manis.

Syazana Qurratu Aini dan Nur Qistina Fhatanah masing-masing merupakan pelajar yang sedang menuntut dalam Tingkatan Lima dan Tingkatan Empat.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung keberadaan kedua-dua remaja berkenaan diminta tampil segera bagi membantu usaha pencarian.

+ - reset