Berita Viral
Lelaki kecewa pemandu bas halang guna laluan kecemasan sebab nak jumpa ayah nazak
KUALA LUMPUR 1 OKTOBER - Tindakan mementingkan diri seorang pemandu bas ekspres yang sengaja menghalang laluan kecemasan semasa kesesakan lalu lintas mencetuskan kemarahan orang ramai selepas detik cemas berkenaan tular di media sosial baru-baru ini.
Kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan terpaksa menggunakan lorong khas berkenaan berikutan situasi cemas melibatkan bapa mertua kepada pemandu kereta yang dilaporkan sedang kritikal di Hospital Alor Setar.
Menerusi perkongsian Cayyroll, perjalanan mereka dari Muar ke utara tanah air bertukar cemas akibat kesesakan teruk dari Melaka hingga ke Seremban.
"Dapat berita bapa mertua tengah kritikal dekat Hospital Alor Setar, kami dari Muar memang kejar masa. Tiada pilihan kecuali terpaksa melalui lorong kecemasan sebab sesak dari Melaka sampai Seremban," katanya.
Beliau turut meluahkan rasa kesal dengan sikap pemandu bas berkenaan yang didakwa sengaja mengambil tindakan provokasi tanpa memahami keadaan sebenar.
"Ada sebuah bas Alibaba ini menghalang laluan sedangkan bukan kami sengaja nak lalu lorong kecemasan, apa yang pemandu itu dengki sangat pun tak tahu. Kejadian berlaku Ahad malam dan hari ini baru dapat muat naik," tambahnya.
Meskipun berdepan detik sukar dan halangan di atas lebuh raya, beliau meluahkan rasa syukur kerana urusan peninggalan bapa mertuanya tetap berjalan lancar.
"Alhamdulillah, ayah mertua telah selamat dikebumikan," jelasnya mengakhiri hantaran tersebut.
Berita berkaitan
October 1, 2026, 7:27 pm
Main masuk 'smart lane', penunggang motosikal melambung lepas divider dirempuh Vellfire
October 1, 2026, 6:06 pm
'Rider' maut dipercayai dilenyek lori lepas elak laluan khas motosikal di Plaza Tol Puchong Selatan
October 1, 2026, 10:03 am
Warga Pakistan kena tangkap dipercayai minta duit perlindungan pada peniaga kecil
October 1, 2026, 8:36 am
Lori simpan 'stok' makanan kering jadi sarang tikus di RnR Seremban?
September 30, 2026, 7:02 pm
'Macam nak terhempas', pemandu kongsi rasa seram lihat kapal terbang buat 'pusingan u' rendah di Eco Majestic
September 30, 2026, 5:03 pm
Tular aksi polis kejar pemandu lori hijau di Pasir Gudang
September 30, 2026, 3:51 pm
Lagi warga asing lagak samseng, dipercayai hina orang tempatan bila diserbu
September 30, 2026, 9:56 am
