Berita Berita
'Ambil tindakan tegas ikut undang-undang' - Anwar arah siasatan segera kes pelajar perempuan maut dibunuh di sekolah
KUALA LUMPUR 4 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi merungkai punca sebenar kematian pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, semalam.
Anwar menegaskan tindakan tegas perlu diambil mengikut undang-undang sekiranya siasatan mendapati terdapat unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.
"Jika terdapat unsur jenayah, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang.
"Keselamatan anak-anak kita adalah tanggungjawab bersama.
"Kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara," katanya.
Terdahulu, Irene Sofiya ditemukan neneknya yang datang ke sekolah berkenaan selepas menyedari cucunya masih belum pulang ke rumah kira-kira jam 5.30 petang.
Mangsa sebelum itu dilaporkan hadir ke sekolah bagi mengikuti kelas tambahan.
Susulan kejadian, polis menahan beberapa pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan.
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi ini dan direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan rasa dukacita dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga serta waris Irene Sofiya.
"Saya amat berdukacita menerima berita pemergian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditemui meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.
"Takziah kepada keluarga dan waris Allahyarhamah, moga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini," katanya.
Berita berkaitan
October 4, 2026, 10:29 am
Polis tahan tiga pelajar lelaki sebaya kes bunuh Irene Sofiya di sekolah
October 4, 2026, 12:45 am
Darah, lebam pada badan mangsa, pelajar 16 tahun ditemui maut di sekolah dipercayai dibunuh
October 3, 2026, 9:40 pm
Adik pukul kepala abang dengan tukul hingga maut di Marang
October 3, 2026, 6:08 pm
'Adakah benar-benar sukarela? - Suhakam gesa Malaysia henti penghantaran pulang warga Myanmar
October 3, 2026, 3:39 pm
Jatuh ketika cuba lari, budak 8 tahun cedera digigit anjing liar di kepala dan leher
October 3, 2026, 3:31 pm
Proton Wira jatuh sungai ditemukan kosong, warga emas masih hilang selepas 13 jam
October 3, 2026, 3:11 pm
