Berita Berita
Adik pukul kepala abang dengan tukul hingga maut di Marang
MARANG 3 Okt – Seorang lelaki maut dipercayai dipukul menggunakan tukul oleh adiknya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Tasek, di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, seorang lagi adik mangsa turut cedera selepas cuba meleraikan kejadian sebelum dipercayai dipukul menggunakan tukul.
Mangsa, Mohd Nasir Ismail, 43, yang merupakan anak sulung daripada sembilan beradik dipercayai mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Ibunya, Hasnah Sulong, 63, berkata, dia masih terkejut dengan kejadian yang berlaku di kediaman keluarga berkenaan.
Menurutnya, ketika kejadian dia berada di ruang tamu sebelum terdengar jeritan dari bahagian hujung rumah disusuli bunyi seperti seseorang dipukul.
"Saya terus memanggil suami Ismail Ibrahim, 80, yang ketika itu berada di luar rumah. Apabila masuk ke dalam rumah, dia nampak Nasir sudah berlumuran darah dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tasek, hari ini.
Hasnah berkata, anak keduanya, Affendi, 42, yang mempunyai masalah kesihatan mental, disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan.
Seorang lagi anaknya, Rurazmiza, 36, pula cedera pada bahagian belakang selepas cuba masuk untuk meleraikan kejadian.
"Rurazmia cuba masuk untuk meleraikan kejadian, tetapi dia turut mengalami kecederaan akibat dipukul," katanya.
Hasnah yang pernah mengalami strok berkata, kejadian itu turut mengingatkannya kepada insiden kira-kira 12 tahun lalu apabila suaminya pernah ditikam oleh anak yang sama.
Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak menghalang keluarga itu daripada terus menjaga dan tinggal bersama suspek.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Saari Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Berita berkaitan
October 4, 2026, 12:45 am
Darah, lebam pada badan mangsa, pelajar 16 tahun ditemui maut di sekolah dipercayai dibunuh
October 3, 2026, 6:08 pm
'Adakah benar-benar sukarela? - Suhakam gesa Malaysia henti penghantaran pulang warga Myanmar
October 3, 2026, 3:39 pm
Jatuh ketika cuba lari, budak 8 tahun cedera digigit anjing liar di kepala dan leher
October 3, 2026, 3:31 pm
Proton Wira jatuh sungai ditemukan kosong, warga emas masih hilang selepas 13 jam
October 3, 2026, 3:11 pm
Imigresen tahan 37,313 PATI dalam sembilan bulan, 1,692 majikan rakyat Malaysia turut dicekup
October 3, 2026, 2:05 pm
Penceramah motivasi ditahan, direman kes dakwaan gangguan seksual kanak-kanak
October 3, 2026, 11:18 am
Dari RM2.4 juta ke RM33.7 juta setahun, Berjaya Hills pertahan hak dalam pertikaian cukai tanah Pahang
October 3, 2026, 10:11 am
