Berita Berita
Darah, lebam pada badan mangsa, pelajar 16 tahun ditemui maut di sekolah dipercayai dibunuh
BATU PAHAT 4 Okt – Seorang nenek yang bimbang cucunya tidak pulang ke rumah bergegas mencarinya di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, sebelum menemukan pelajar perempuan berusia 16 tahun itu dalam keadaan terbaring dan lemah, petang tadi.
Pelajar Tingkatan Empat berkenaan kemudian disahkan meninggal dunia dalam kejadian yang dipercayai mempunyai unsur jenayah.
Menurut sumber, nenek mangsa datang ke sekolah kira-kira jam 5.30 petang selepas menyedari cucunya masih belum pulang ke rumah.
Mangsa dipercayai tinggal bersama neneknya selepas ibunya meninggal dunia, manakala bapanya bekerja di Kuala Lumpur.
Ketika ditemukan, terdapat kesan darah kering dan lebam pada badan mangsa, selain sebuah pasu pecah berhampiran lokasi.
"Terdapat kesan darah kering ditemukan pada badan mangsa selain lebam seolah-olah dipukul. Selain itu turut ditemukan pasu pecah berdekatan mangsa," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian.
"Polis sedang menyiasat kejadian ini sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya.
Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor turut berada di dewan sekolah berkenaan bagi menjalankan siasatan.
Pintu masuk utama sekolah dikawal ketat dengan pihak yang tidak berkenaan tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.
Orang ramai termasuk pelajar sekolah terbabit turut dilihat berkumpul di luar pagar bagi mengetahui perkembangan kejadian.
Berita berkaitan
October 3, 2026, 9:40 pm
Adik pukul kepala abang dengan tukul hingga maut di Marang
October 3, 2026, 6:08 pm
'Adakah benar-benar sukarela? - Suhakam gesa Malaysia henti penghantaran pulang warga Myanmar
October 3, 2026, 3:39 pm
Jatuh ketika cuba lari, budak 8 tahun cedera digigit anjing liar di kepala dan leher
October 3, 2026, 3:31 pm
Proton Wira jatuh sungai ditemukan kosong, warga emas masih hilang selepas 13 jam
October 3, 2026, 3:11 pm
Imigresen tahan 37,313 PATI dalam sembilan bulan, 1,692 majikan rakyat Malaysia turut dicekup
October 3, 2026, 2:05 pm
Penceramah motivasi ditahan, direman kes dakwaan gangguan seksual kanak-kanak
October 3, 2026, 11:18 am
Dari RM2.4 juta ke RM33.7 juta setahun, Berjaya Hills pertahan hak dalam pertikaian cukai tanah Pahang
October 3, 2026, 10:11 am
