TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Korang siapa', wanita raih pujian ramai lepas bertegas tak bagi 'muka' dekat ulat tiket di Maluri

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 5 OKTOBER - Seorang wanita menetapkan pendiriannya untuk tidak membayar sebarang duit kepada 'ulat tiket' parkir di kawasan MRT Maluri terima pujian ramai.

Menurut pengguna media sosial, Hnnalily, dia terkilan dengan pihak berkuasa kerana isu 'ulat tiket' masih belum selesai di kawasan tersebut.

Hnnalily turut mendakwa sejak akhir-akhir ini ada individu menutup jalan masuk untuk memaksa pengguna MRT memasuki kawasan parkir lain yang berbayar.

"Parking MRT Maluri ini makin lama memang makin b*doh? Ini siapa? RM5?

"Parking ini dulu memang kena bayar RM4.50 lepas itu palang rosak dan tiada siapa nak betulkan jadi percuma.

"Akhir-akhir ini ada yang tutup jalan masuk dan paksa masuk parking lain bayar RM3 dah selesai, pagi ini kena hadap pula bayar RM5.

"Nak suruh bayar, buat 'proper' betulkan palang dan mesin baru orang bayar," luahnya di media sosial.

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata orang ramai menuntut agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan pantas atas isu yang sudah lama berlarutan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset