TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Malang tak berbau', motosikal digilis lori simen lepas jatuh langgar kereta di Puchong

By
|
Kongsi
image

PUCHONG 6 OKTOBER - Seorang penunggang motosikal maut dipercayai selepas melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan sebelum digilis lori simen di Puchong hari ini.

Menerusi perkongsian video kamera papan pemuka (dashcam) beberapa pemandu lain kelihatan motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk selepas rempuhan belakang sebuah kereta.

Mangsa yang terjatuh terus digilis sebuah lori simen yang kebetulan berada di atas jalan sama.

Video tular yang dikongsikan oleh orang ramai turut memaklumkan keadaan di kawasan itu sedang mengalami kesasakan lalu lintas akibat kemalangan tersebut.

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden terbabit.  

+ - reset