TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Peniaga dakwa kena 'rodok' pisau dengan warga Myanmar lepas tak puas hati di Pasar Selayang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 7 OKTOBER - Suasana perniagaan di Pasar Selayang didakwa kian mencemaskan apabila peniaga tempatan mendedahkan ancaman keselamatan yang dihadapi akibat kebiadaban segelintir warga asing di kawasan berkenaan.   

Lebih mengejutkan, pendedahan itu turut dibongkar menerusi satu rakaman video dokumentari khas yang disiarkan oleh penggiat YouTube terkenal, Isa Isarb, yang turun sendiri membuat tinjauan serta menemu bual peniaga setempat mengenai situasi sebenar di lokasi tersebut.   

Dalam temu bual berkenaan, seorang peniaga meluahkan rasa trauma selepas pernah menjadi mangsa serangan senjata tajam gara-gara perselisihan faham dengan seorang warga Myanmar.   

Peniaga berkenaan memberitahu, insiden berdarah itu berlaku hanya disebabkan salah faham kecil semasa menolak barang di kawasan perniagaan.   

"Dia orang tak puas hati dengan kita, dia orang main ikut belakang, bukan ikut depan. Terkena sikit masa bawa kereta tolak tu, dia orang terus tak puas hati. Dia ambil pisau, cucuk kat kaki sampai dapat 18 jarum," katanya ketika mendedahkan detik cemas itu.   

Menurut peniaga itu lagi, tindakan biadap golongan terbabit sering dilakukan secara sembunyi dari arah belakang bagi mengelakkan penentangan terbuka.   

Kehadiran warga asing yang didakwa semakin menguasai kawasan perniagaan di sekitar Pasar Selayang kini mencetuskan kebimbangan mendalam dalam kalangan peniaga tempatan yang menyifatkan keselamatan mereka seperti berada dalam zon bahaya.   

Ekoran pendedahan dalam dokumentari itu, peniaga tempatan merayu agar pihak berkuasa segera meningkatkan pemantauan serta mengambil tindakan tegas bagi membanteras dominasi warga asing demi menjamin ketenteraman dan keselamatan masyarakat setempat. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset