Berita Berita
Presiden Myanmar dah sampai Malaysia, isu penghantaran pulang warga Myanmar jadi fokus pertemuan Anwar
SEPANG 7 Okt – Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, dengan isu penghantaran pulang warga Myanmar antara perkara utama yang akan dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesawat khas membawa Min Aung Hlaing bersama delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Sejurus tiba, beliau diberikan sambutan Kawalan Kehormatan Statik oleh dua pegawai dan 26 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang diketuai Kapten Muhammad Ikhwan Adlan Jamaludin.
Menyambut ketibaan beliau ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani selaku menteri pengiring.
Turut hadir Ketua Protokol Kerajaan Malaysia, Datuk Rozainor Ramli dan Kuasa Usaha Malaysia ke Myanmar, Johan Ariff Abdul Razak.
Pada Khamis, Min Aung Hlaing dijadual diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Anwar, diikuti jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan Perdana Menteri.
Menurut Wisma Putra, antara isu utama yang akan dibincangkan ialah usaha penghantaran pulang warga Myanmar daripada semua kumpulan etnik yang berada di Malaysia secara tidak sah menerusi proses secara sukarela, bermaruah dan selamat.
Kedua-dua pemimpin turut dijangka meneliti usaha yang sedang dilaksanakan menerusi mekanisme ASEAN.
Lawatan itu juga memberi peluang kepada Malaysia meneruskan libat urus secara langsung dengan Myanmar selaras dengan keputusan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 pada Mei lalu untuk meneruskan pendekatan konstruktif dan berprinsip berlandaskan Pemuafakatan Lima Perkara ASEAN (5PC).
Malaysia sebelum ini memaklumkan kira-kira 10,000 tahanan warga Myanmar sudah dihantar pulang sejak Januari tahun ini melalui laluan udara dan laut.
Berita berkaitan
October 7, 2026, 4:12 pm
Kes pelajar junior maut di Kuala Pilah, dua senior 16 tahun bakal didakwa membunuh esok
October 7, 2026, 3:17 pm
Isu keselamatan murid: KPM bakal libat pakar jenayah, psikologi dan perkembangan kanak-kanak
October 7, 2026, 2:34 pm
Polis sahkan pemandu e-hailing alami kemalangan maut positif methamphetamine
October 7, 2026, 2:20 pm
Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di tepi jalan di Kampung Air Hitam
October 7, 2026, 2:15 pm
Dua anggota Cawangan Khas nafi bertindak sebagai ulat di KLIA
October 7, 2026, 1:01 pm
PRN Melaka ditetapkan 14 November, penamaan calon 31 Oktober
October 7, 2026, 12:24 pm
Enam daerah baharu diiktiraf daerah menua di Malaysia bagi tahun 2026
October 7, 2026, 12:18 pm
