Berita Berita
Kes pelajar junior maut di Kuala Pilah, dua senior 16 tahun bakal didakwa membunuh esok
SEREMBAN 7 Okt – Dua pelajar senior berusia 16 tahun akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah esok atas pertuduhan membunuh seorang pelajar junior.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, arahan untuk mendakwa kedua-dua remaja berkenaan dibuat selepas kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri.
“Maklum perkembangan siasatan kes 302 Kanun Keseksaan bersabit Melang Rpt 1843/26, kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) dan arahan tuduh kedua dua saspek B1 dan B2 dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
“Kedua dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah esok kira-kira pukul 9.30 pagi,” katanya kepada pemberita hari ini.
Kedua-dua suspek yang kini masih direman akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Berita berkaitan
October 7, 2026, 3:17 pm
Isu keselamatan murid: KPM bakal libat pakar jenayah, psikologi dan perkembangan kanak-kanak
October 7, 2026, 2:34 pm
Polis sahkan pemandu e-hailing alami kemalangan maut positif methamphetamine
October 7, 2026, 2:20 pm
Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di tepi jalan di Kampung Air Hitam
October 7, 2026, 2:15 pm
Dua anggota Cawangan Khas nafi bertindak sebagai ulat di KLIA
October 7, 2026, 1:01 pm
PRN Melaka ditetapkan 14 November, penamaan calon 31 Oktober
October 7, 2026, 12:24 pm
Enam daerah baharu diiktiraf daerah menua di Malaysia bagi tahun 2026
October 7, 2026, 12:18 pm
