TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Kami lebih ramai', artis Indonesia perlekeh rakyat Malaysia mahu boikot jenama dari seberang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 OKTOBER - Seorang lelaki warga Indonesia mengherdik dan mempersoal tindakan rakyat Malaysia yang mahu memboikot barang-barangan jenama daripada negara seberang.

Menerusi hantaran pempengaruh terkenal, Zhiddinazizz, dia mendakwa lelaki itu merupakan seorang artis yang berasal dari Indonesia.

"Isu Kahf pun belum reda, tiba muncul pula video ini daripada artis Indonesia."

Video yang dimuat naik lelaki itu dilihat memperlekehkan usaha rakyat Malaysia yang mahu memboikot produk-produk daripada Indonesia.

Malah lelaki dalam video berkenaan turut mempersoalkan kemerdekaan Malaysia sambil menggelarkan negara ini 'boneka inggeris'.

Kini video itu sedang hangat menjadi perdebatan rata-rata warga Malaysia yang menganggap segala fakta dilontarkan lelaki itu tidak tepat. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

 

+ - reset