Berita Berita
Jakim siasat video individu Muslim terlibat aktiviti ritual keagamaan bukan Islam
PETALING JAYA, 11 Okt. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyelaras tindakan bersama berkuasa agama Islam negeri serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung video tular yang didakwa memaparkan individu beragama Islam terlibat dalam ritual keagamaan bukan Islam.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee memaklumkan bahawa laporan berhubung isu berkenaan telah dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam Negeri untuk semakan dan siasatan lanjut.
Penelitian terhadap perlakuan individu yang dikaitkan dengan isu berkenaan akan dilaksanakan berdasarkan fakta serta undang-undang yang berkuat kuasa.
Jakim sentiasa komited memberikan kerjasama penuh kepada agensi keselamatan dan pentadbiran agama bagi menangani isu berkenaan secara tegas dan menyeluruh.
Masyarakat awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati serta mengekalkan batasan syarak ketika menghadiri sebarang acara ritual keagamaan bukan Islam.
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sebelum ini menegaskan bahawa penyertaan umat Islam dalam ritual keagamaan agama lain yang melibatkan unsur pemujaan adalah haram dan dilarang.
Tindakan lanjut akan diambil mengikut bidang kuasa masing-masing bagi memastikan isu berkenaan ditangani berlandaskan peruntukan undang-undang negara. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 11, 2026, 5:51 pm
Indonesia belum respon tawaran bantuan padam kebakaran hutan
October 11, 2026, 5:31 pm
Sekolah bawah empat PPD di Selangor, KL ditutup esok akibat jerebu
October 11, 2026, 12:32 pm
Majikan disaran benarkan WFH buat ibu bapa terkesan penutupan sekolah akibat jerebu
October 11, 2026, 12:24 pm
Lebih 400,000 peminjam PTPTN nikmati manfaat penangguhan bayaran balik
October 11, 2026, 12:19 pm
Tiada rakyat Malaysia terlibat serangan lapangan terbang di Arab Saudi - Wisma Putra
October 11, 2026, 12:14 pm
Dakwaan Rohingya guna pasport Bangladesh masuk Malaysia perlu bukti kukuh - Saifuddin
October 10, 2026, 1:24 pm
Situasi jerebu negara tidak menunjukkan perkembangan positif, 33 kawasan catat IPU tidak sihat
October 10, 2026, 1:18 pm
Pemandu lori rempuh 11 kenderaan di Alam Budiman positif dadah
October 10, 2026, 12:48 pm
