TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Indonesia belum respon tawaran bantuan padam kebakaran hutan

By
|
Kongsi
image

IPOH, 11 Okt. – Malaysia masih belum menerima sebarang maklum balas daripada Indonesia berhubung tawaran bantuan bagi memadamkan kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera yang mencetuskan krisis jerebu rentas sempadan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa tawaran berkenaan dikemukakan secara terus ketika pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto serta Naib Presiden, Gibran Rakabuming Raka di Jakarta baru-baru ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar turut mengemukakan surat rasmi kepada rakan sejawat di negara berkenaan, namun belum mendapat jawapanbalas.

Malaysia bersedia menumpukan aset termasuk sebuah pesawat, tiga helikopter, dan 55 anggota penyelamat bagi menyertai operasi memadamkan kebakaran di kawasan terjejas.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi NADMA bersikap prasangka baik bahawa negara jiran itu mungkin berkeupayaan menangani situasi berkenaan tanpa memerlukan bantuan luar.

Menyentuh kemungkinan tindakan perundangan berkaitan jerebu rentas sempadan, beliau menyerahkan penilaian perkara berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sekiranya ada keperluan.

Kerjasama dan koordinasi berasaskan semangat kejiranan ASEAN terus diutamakan bagi memastikan langkah pencegahan dapat dilaksanakan secara berkesan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset