TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sekolah bawah empat PPD di Selangor, KL ditutup esok akibat jerebu

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA, 11 Okt. – Semua sekolah di bawah empat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor dan Kuala Lumpur diarahkan tutup esok berikutan kualiti udara yang menjejaskan kesihatan akibat jerebu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa penutupan berkenaan melibatkan sekolah di bawah pentadbiran PPD Bangsar Pudu, PPD Hulu Langat, PPD Gombak, dan PPD Petaling Perdana.

Sekolah di negeri-negeri lain seperti Melaka, Pulau Pinang, Putrajaya, Labuan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah, dan Sarawak beroperasi seperti biasa.

Sekolah di bawah PPD lain sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang tidak terjejas turut beroperasi mengikut jadual persekolahan harian.

Ibu bapa dan warga sekolah digesa supaya sentiasa merujuk maklumat rasmi Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri, serta PPD berkaitan bagi mendapatkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Pengarah Pendidikan Negeri ditugaskan untuk membuat pengumuman harian mengenai pengoperasian sekolah berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Setiap Jabatan Pendidikan Negeri turut diarahkan untuk menubuhkan Pasukan Khas Pemantauan Jerebu bagi memastikan keselamatan serta kesihatan murid sentiasa terpelihara. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset