TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Majikan disaran benarkan WFH buat ibu bapa terkesan penutupan sekolah akibat jerebu

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU, 11 Okt. – Pergerakan Pemuda UMNO Johor menyarankan majikan supaya melaksanakan dasar kerja dari rumah (WFH) atau waktu kerja fleksibel bagi membantu ibu bapa yang terkesan berikutan penutupan sekolah akibat jerebu di negeri berkenaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros menyatakan bahawa langkah menutup sekolah demi keselamatan murid adalah wajar, namun memberi beban tambahan kepada ibu bapa yang terpaksa bekerja tanpa pengawasan anak-anak di rumah.

Pengalaman ketika pandemik COVID-19 terbukti menunjukkan banyak sektor tetap mampu mengekalkan produktiviti menerusi kaedah bekerja dari rumah.

Pelaksanaan kaedah penyesuaian tempoh bekerja secara sementara disifatkan mampu menyelesaikan dilema keselamatan serta merta bagi keluarga yang terjejas akibat pencemaran udara.

Bagi jenis pekerjaan yang tidak membolehkan kaedah WFH, majikan disaran memberikan kelonggaran waktu kerja fleksibel demi menjaga kebajikan pekerja.

Sokongan serta keprihatinan sektor korporat dan majikan amat diyakini mampu membakar semangat serta meningkatkan komitmen pekerja dalam mengharungi krisis pencemaran jerebu terkini. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset