Berita Berita
Dakwaan Rohingya guna pasport Bangladesh masuk Malaysia perlu bukti kukuh - Saifuddin
KUALA LUMPUR, 11 Okt. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan mengulas dakwaan bahawa pelarian Rohingya memasuki Malaysia menggunakan pasport Bangladesh sebelum mendapatkan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Beliau menegaskan bahawa dakwaan sedemikian perlu disokong dengan hujah dan bukti yang kukuh serta jelas sebelum sebarang maklum balas rasmi dapat diberikan.
"Saya tidak mahu mengulas desas-desus atau dakwaan dan sekiranya ada bukti kukuh, barulah saya boleh memberi maklum balas," kata beliau selepas Wacana Nasional Surah al-Hujurat di Kulim semalam.
Isu berkenaan timbul susulan penularan rakaman video seorang pencipta kandungan yang menemubual lelaki Rohingya yang mendakwa memperoleh pasport Bangladesh bagi urusan keluar masuk ke Malaysia.
Dalam perkembangan berasingan, Saifuddin menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan bagi menyelesaikan siasatan kes dakwaan mencederakan dua anggota keselamatan yang dikaitkan dengan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Kertas siasatan yang mengandungi keterangan saksi serta bukti berkaitan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) mengikut prosedur biasa siasatan.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar sebelum ini dilapor memulangkan semula kertas siasatan berkenaan bagi membolehkan beberapa penelitian lanjut dilaksanakan sebelum sebarang tindakan dimuktamadkan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 11, 2026, 5:51 pm
Indonesia belum respon tawaran bantuan padam kebakaran hutan
October 11, 2026, 5:31 pm
Sekolah bawah empat PPD di Selangor, KL ditutup esok akibat jerebu
October 11, 2026, 12:32 pm
Majikan disaran benarkan WFH buat ibu bapa terkesan penutupan sekolah akibat jerebu
October 11, 2026, 12:24 pm
Lebih 400,000 peminjam PTPTN nikmati manfaat penangguhan bayaran balik
October 11, 2026, 12:19 pm
Tiada rakyat Malaysia terlibat serangan lapangan terbang di Arab Saudi - Wisma Putra
October 11, 2026, 12:08 pm
Jakim siasat video individu Muslim terlibat aktiviti ritual keagamaan bukan Islam
October 10, 2026, 1:24 pm
Situasi jerebu negara tidak menunjukkan perkembangan positif, 33 kawasan catat IPU tidak sihat
October 10, 2026, 1:18 pm
Pemandu lori rempuh 11 kenderaan di Alam Budiman positif dadah
October 10, 2026, 12:48 pm
