TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anggota Cawangan Khas kemuka bukti tambahan dakwa dikasari Mohd Shuhaily

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 12 Okt. – Anggota Cawangan Khas, Lans Koperal Mohammad Faiz Muhamad Saman mengemukakan laporan baharu di Balai Sungai Besi bagi menyerahkan bukti tambahan berhubung dakwaan dikasari Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Peguam Kamal Hisham Ja'afar dan Muhammad Nor Tamrin menerusi kenyataan media memaklumkan bahawa anak guam mereka mendakwa ditahan secara salah, dikasari, dipukul, serta diugut ketika merakam gambar insiden di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kenyataan firma guaman berkenaan menjelaskan bahawa dakwaan terbabit menjurus kepada potensi kesalahan di bawah Seksyen 186, 323, 353, 355, dan 506 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan terbabit merangkumi kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, mendatangkan kecederaan, menggunakan kekerasan jenayah, serta membuat ugutan jenayah.

Kejadian yang berlaku di kawasan awam itu didakwa turut melibatkan seorang lagi Pegawai Kawalan Perjalanan (TCO), Lans Koperal Muhammad Ekmal Sofwan Driman sehingga mengakibatkan kecederaan dan menjejaskan maruah mereka.

Kedua-dua anggota terbabit menafikan sekeras-kerasnya tohmahan yang mendakwa mereka bertindak sebagai pengatur kemasukan warga asing secara haram atau menerima biayaan kos guaman daripada sindiket jenayah.

Firma guaman yang mewakili mereka sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap individu yang menyebarkan kenyataan palsu.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar sebelum ini memulangkan semula kertas siasatan kepada agensi penyiasat bagi mendapatkan pengesahan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan melengkapkan keterangan 25 saksi. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset