Berita Berita
Budak tujuh tahun parah diserang lapan anjing liar ketika bermain di taman permainan di Iskandar Puteri
ISKANDAR PUTERI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan lapan ekor anjing liar ketika sedang bermain di taman permainan berhampiran flat perumahan Lima Kedai, di sini, petang Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan termasuk mata, leher dan kepala akibat serangan haiwan berkenaan.
Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Pandak Ahmad menyifatkan kejadian berkenaan sebagai amat membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku di kawasan permainan yang sepatutnya selamat untuk kanak-kanak.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera dan berkesan bagi menangani masalah anjing liar yang semakin mengancam keselamatan penduduk, khususnya di kawasan perumahan.
Beliau yang turut melawat mangsa selepas kejadian berharap langkah sewajarnya dapat dilaksanakan bagi mengelakkan insiden sama berulang.
Kejadian itu sekali lagi mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan orang awam, terutama kanak-kanak yang sering menggunakan taman permainan dan kawasan lapang berhampiran kediaman mereka.
Sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi, turut mengalami kecederaan parah selepas diserang lima ekor anjing liar di Kampung Tambak, Batu Pahat pada 5 September lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa diserang di hadapan rumahnya sehingga mengalami kecederaan serius pada hampir seluruh badan.
Kanak-kanak perempuan berkenaan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk rawatan awal sebelum dipindahkan ke HSA bagi menjalani pembedahan pakar lanjutan.
Berita berkaitan
October 12, 2026, 5:20 pm
Dituduh curi motosikal, remaja dikurung dua hari, diseksa hingga mati sebelum mayat dibuang tepi jalan
October 12, 2026, 10:57 am
Fadhlina faham keresahan ibu bapa, KPM tetap pantau jerebu, keputusan tutup sekolah bergantung IPU setempat
October 12, 2026, 10:39 am
Anggota Cawangan Khas kemuka bukti tambahan dakwa dikasari Mohd Shuhaily
October 12, 2026, 10:20 am
25 tahun penuh makna, konsert GVM Ondra Renda himpun hampir 5,000 peminat
October 11, 2026, 5:51 pm
Indonesia belum respon tawaran bantuan padam kebakaran hutan
October 11, 2026, 5:31 pm
Sekolah bawah empat PPD di Selangor, KL ditutup esok akibat jerebu
October 11, 2026, 12:32 pm
Majikan disaran benarkan WFH buat ibu bapa terkesan penutupan sekolah akibat jerebu
October 11, 2026, 12:24 pm
Lebih 400,000 peminjam PTPTN nikmati manfaat penangguhan bayaran balik
October 11, 2026, 12:19 pm
