Berita Berita
'Tiada manfaat nak terlibat' - Hindu Sangan minta masyarakat Hindu jangan campur tangan kontroversi Aliff Daniel
KUALA LUMPUR 14 Okt – Malaysia Hindu Sangam (MHS) menggesa masyarakat Hindu supaya tidak mencampuri kontroversi membabitkan seorang lelaki Melayu dikenali sebagai Aliff Daniel yang ditahan pihak berkuasa agama Islam susulan dakwaan penglibatannya dalam ritual agama Hindu.
Presidennya, Thanga Ganesan berkata, masyarakat Hindu termasuk pemimpin agama, jawatankuasa kuil dan pertubuhan berkaitan perlu mengelakkan sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan antara agama.
Menurutnya, isu membabitkan kewajipan agama seseorang individu daripada agama lain tidak seharusnya menjadi pertikaian dalam kalangan masyarakat Hindu.
"Tiada keperluan atau manfaat untuk masyarakat Hindu terlibat dalam kontroversi mengenai kewajipan agama seorang individu daripada agama lain," katanya.
Ganesan berkata, rumah ibadat dan sambutan kebudayaan Hindu sejak sekian lama menerima kehadiran pengunjung daripada pelbagai latar belakang agama serta budaya.
Katanya, keterbukaan itu mencerminkan keharmonian masyarakat berbilang agama di Malaysia yang perlu terus dipelihara.
Pada masa sama, beliau menegaskan MHS menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, selain mengiktiraf hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing secara aman dan harmoni.
Bagaimanapun, katanya, kebebasan mengamalkan agama perlu diseimbangkan dengan penghormatan terhadap undang-undang, peraturan serta sensitiviti agama di negara ini.
"Bagi mana-mana perkara yang melibatkan individu beragama Islam, MHS percaya bahawa persoalan mengenai kewajipan agama, tingkah laku atau pematuhan individu terhadap peruntukan agama Islam yang terpakai adalah lebih baik diserahkan kepada pihak berkuasa agama Islam yang berkaitan untuk diperiksa dan ditangani mengikut undang-undang dan prosedur sedia ada.
"Oleh itu, MHS menyeru masyarakat Hindu, termasuk organisasi agama, jawatankuasa kuil, pemimpin masyarakat dan orang ramai, untuk menahan diri dan mengelak daripada memihak, membuat tafsiran bersifat spekulatif atau mengeluarkan kenyataan provokatif yang boleh memburukkan keadaan tanpa sebarang keperluan.
"Perkara sedemikian sepatutnya ditangani oleh pihak berkuasa yang berkaitan dengan adil, bijaksana dan sensitif," katanya.
Terdahulu, Aliff Daniel menjadi perhatian selepas beberapa rakaman video tular yang didakwa menunjukkan penglibatannya dalam ritual Hindu, termasuk ketika sambutan Thaipusam di Batu Caves.
Selain itu, lelaki berkenaan turut dikaitkan dengan rakaman video yang didakwa memaparkan penyertaannya dalam upacara pembersihan di Bali, Indonesia.
Aliff juga dilaporkan mendakwa dirinya sebagai pengamal penyembuhan kerohanian.
Susulan kontroversi itu, Aliff bersama ibunya yang berusia 52 tahun ditahan di Kuala Lumpur oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas Mahkamah Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap.
Kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Siasatan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilaporkan bermula selepas video berkaitan dakwaan kesalahan berkenaan tersebar di media sosial.
Berita berkaitan
October 14, 2026, 10:15 pm
Sekolah dibuka, ibu bapa bimbang kesihatan anak boleh pilih tidak hantar ke sekolah ketika jerebu – Fadhlina
October 14, 2026, 6:11 pm
Najib dah terima perintah tahanan rumah, bakal tinggal bersama keluarga di Langgak Duta – Peguam
October 14, 2026, 5:23 pm
'Ini semua fitnah menjelang PRN' - DAP Melaka nafi lindungi sekolah agama Rohingya tanpa lesen
October 14, 2026, 4:34 pm
DUN Sarawak: Kanak-kanak bukan warganegara masih boleh belajar di sekolah kerajaan
October 14, 2026, 3:57 pm
Diculik kenalan sendiri, diseksa sebelum dibunuh dan ditanam di Semenyih, polis tahan 15 individu
October 14, 2026, 3:47 pm
Dua pelajar sekolah diperintah jalani khidmat masyarakat kerana hina remaja OKU di TikTok
October 14, 2026, 3:34 pm
Permohonan gantung hukuman kes 1MDB Najib Razak ditolak Mahkamah Tinggi
October 14, 2026, 3:25 pm
