Berita Berita
Dua pelajar sekolah diperintah jalani khidmat masyarakat kerana hina remaja OKU di TikTok
BATU PAHAT, 14 Okt. – Dua pelajar lelaki Tingkatan Lima diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 60 jam oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menghina seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi media sosial.
Majistret Mustaqim Sukarno menetapkan hukuman terbabit perlu disempurnakan oleh kedua-dua tertuduh berusia 17 tahun berkenaan dalam tempoh enam bulan.
Mahkamah turut mengenakan bon berkelakuan baik berserta cagaran RM1,000 selama setahun, perintah berkurung dari jam 10 malam hingga 6 pagi, serta arahan melapor diri di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap dua bulan.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua pelajar berkenaan didakwa mengemukakan komen jelik berunsur buli terhadap mangsa di aplikasi TikTok berhubung fizikal ibu jari tangan kiri mangsa dalam kejadian pada 25 Julai lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shahzleen Ibrahim di bawah Seksyen 507B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda.
Siasatan mendapati komen berkenaan dibuat dengan niat sengaja untuk mencela serta memprovokasi mangsa sehingga menyebabkan gangguan emosi berterusan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 15, 2026, 7:54 pm
Ibu bapa bimbang kesihatan anak, KPM tangguh UASA minggu depan
October 15, 2026, 7:35 pm
Jerebu semakin buruk, sekolah di lapan PPD Selangor ditutup esok
October 15, 2026, 5:45 pm
‘Kita sudah buat sedaya mungkin’ – Anwar jawab kritikan Khairy isu jerebu
October 15, 2026, 5:35 pm
Baru ambil jubah konvokesyen, graduan UiTM tak sempat terima ijazah selepas maut nahas di Kuala Selangor
October 15, 2026, 5:16 pm
Bot karam gara-gara terlebih muatan, 13 kanak-kanak maut
October 15, 2026, 4:55 pm
Sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok, aktiviti luar ditangguhkan
October 15, 2026, 4:47 pm
