Berita Berita
Permohonan gantung hukuman kes 1MDB Najib Razak ditolak Mahkamah Tinggi
KUALA LUMPUR, 14 Okt. – Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion dalam kes dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sementara menunggu proses rayuan.
Hakim Noor Ruwena Md Nurdin membuat keputusan berkenaan selepas meneliti serta mendengar hujahan lisan daripada pasukan peguam pembelaan dan pendakwaan.
Najib sebelum ini mengemukakan rayuan terhadap sabitan serta hukuman bagi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan penyelewengan dana RM2.3 bilion.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan alasan faktor usia, denda di luar kemampuan, serta isu kesihatan kronik bagi memohon penangguhan pelaksanaan hukuman terbabit.
Pasukan pendakwaan yang diketuai Datuk Ahmad Akram Gharib membantah permohonan berkenaan atas dasar tiada keadaan khas atau bukti menunjukkan pesalah tidak sesuai menerima rawatan perubatan dalam tahanan.
Hukuman pemenjaraan 15 tahun bagi kes 1MDB berkenaan diperintahkan berjalan selepas beliau selesai menjalani hukuman pemenjaraan dalam kes SRC International.
Berita berkaitan
October 15, 2026, 7:54 pm
Ibu bapa bimbang kesihatan anak, KPM tangguh UASA minggu depan
October 15, 2026, 7:35 pm
Jerebu semakin buruk, sekolah di lapan PPD Selangor ditutup esok
October 15, 2026, 5:45 pm
‘Kita sudah buat sedaya mungkin’ – Anwar jawab kritikan Khairy isu jerebu
October 15, 2026, 5:35 pm
Baru ambil jubah konvokesyen, graduan UiTM tak sempat terima ijazah selepas maut nahas di Kuala Selangor
October 15, 2026, 5:16 pm
Bot karam gara-gara terlebih muatan, 13 kanak-kanak maut
October 15, 2026, 4:55 pm
Sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok, aktiviti luar ditangguhkan
October 15, 2026, 4:47 pm
