TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Semua sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok, murid digalak pakai pelitup muka

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 22 Okt – Semua institusi pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor akan beroperasi seperti biasa esok meskipun keadaan jerebu ketika ini memerlukan langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan murid.

JPN Selangor dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, murid digalakkan memakai pelitup muka ketika berada di sekolah sebagai langkah mengurangkan risiko kesan jerebu terhadap kesihatan.

"Ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan kesihatan anak-anak dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah dengan syarat memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak sekolah.

"Semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan mengikut keadaan kualiti udara semasa.

"Pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada Jabatan Alam Sekitar serta memberikan perhatian khusus kepada murid yang berisiko tinggi," demikian kenyataan itu hari ini.

Menurut JPN Selangor, ibu bapa, penjaga dan warga sekolah turut dinasihatkan supaya sentiasa merujuk saluran komunikasi rasmi jabatan atau pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

"Kerjasama dan perhatian semua pihak dalam memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan warga pendidikan amat dihargai," katanya.

+ - reset