Berita Berita
'Dengar suara rakyat, bukan sekadar rasmi majlis' - Yuneswaran santuni golongan memerlukan di Segamat
SEGAMAT 22 Okt – Seramai 45 penerima terdiri daripada ibu tunggal, golongan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah (B40) menerima bakul makanan menerusi Program Jalinan Mesra Parlimen Segamat di Dataran Kasih, Kampung Gudang Garam, baru-baru ini.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj berkata, sumbangan itu disampaikan kepada penerima yang dikenal pasti oleh Ketua Kampung bagi membantu meringankan beban mereka.
Beliau berkata, program berkenaan bukan sekadar acara rasmi, sebaliknya menjadi platform untuk mendekati penduduk serta mendengar sendiri suara dan keperluan masyarakat setempat.
Menurutnya, Pejabat Parlimen Segamat turut menyediakan kaunter bergerak bagi membolehkan penduduk mengemukakan aduan, permohonan bantuan serta berkongsi pandangan dan cadangan.
Katanya, setiap maklum balas yang diterima penting bagi membolehkan tindakan susulan sewajarnya diambil.
Dalam program sama, beliau turut mengumumkan peruntukan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gudang Garam.
Yuneswaran berkata, beberapa permohonan yang dikemukakan Ketua Kampung dan JPKK juga akan diusahakan sebaik mungkin.
Beliau turut mengalu-alukan penduduk yang mempunyai aduan atau memerlukan bantuan untuk menghubungi Pejabat Parlimen Segamat.
Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Tok Penghulu Mukim Gemereh, Tok Shahrizan; Ketua Kampung, Tok Sham; Pegawai Penerangan Daerah, Rashid; Pengerusi Veteran ATM Segamat, Kapten Ismail Jamil; serta Pengerusi Masjid Gudang Garam, Zaid, atas kerjasama dan sokongan menjayakan program berkenaan.
Beliau berharap semangat muhibah dan hubungan erat dalam kalangan masyarakat terus dipelihara demi kesejahteraan penduduk di Segamat.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:42 pm
Dua anggota polis saman Shuhaily secara peribadi, tuntutan ganti rugi tunggu laporan perubatan
October 22, 2026, 1:17 pm
7.6 juta rekod pengguna Waze didakwa dijual di dark web
October 22, 2026, 12:23 pm
Hanya penjawat awam dilarang guna Waze, rakyat masih boleh guna aplikasi lain - Gobind
October 22, 2026, 11:30 am
Dua rakan maut motosikal dirempuh dari belakang, pemandu dipercayai larikan diri
October 22, 2026, 11:06 am
13,072 jawatan doktor KKM kosong, 3,510 letak jawatan dalam tempoh tiga tahun
October 22, 2026, 10:38 am
Baru sehari disuruh berhenti guna Waze, sistem navigasi TuJu pula dah terganggu
October 22, 2026, 9:27 am
Terjerat tawaran kerja lumayan, 72 rakyat Malaysia ditahan kes dadah bernilai RM81.76 juta
October 21, 2026, 11:20 pm
Pelajar kolej ditemukan maut berlumuran darah di belakang restoran
October 21, 2026, 10:56 pm
