Berita Berita
Dua anggota polis saman Shuhaily secara peribadi, tuntutan ganti rugi tunggu laporan perubatan
KUALA LUMPUR 22 Okt – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain bakal berdepan saman sivil oleh dua anggota polis berhubung dakwaan mencederakan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, September lalu.
Saman berkenaan dijangka difailkan di Mahkamah Sesyen Sepang dalam tempoh tujuh hari, selepas draf tuntutan dimuktamadkan.
Peguam yang mewakili kedua-dua anggota polis itu, Kamal Hisham Ja'affar berkata, tindakan sivil berkenaan hanya akan difailkan terhadap Mohd Shuhaily secara peribadi dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia.
"Saman sivil ini hanya akan difailkan terhadap Mohd Shuhaily secara peribadi dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia sebagai defendan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, jumlah tuntutan ganti rugi bagi setiap anggota polis masih belum dapat ditentukan kerana pihaknya sedang menunggu laporan perubatan.
"Anggaran tuntutan boleh dibuat selepas menerima laporan perubatan," katanya.
Beliau berkata, laporan berkenaan diperlukan bagi membantu pihaknya menilai jumlah ganti rugi yang bersesuaian berdasarkan kecederaan dialami kedua-dua anggota polis terbabit.
Semalam, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis berkenaan.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di KLIA Terminal 1, Sepang, pada 28 September lalu.
Sebelum ini, rakaman video kejadian berkenaan tular di media sosial, memaparkan Mohd Shuhaily memarahi dua lelaki, termasuk tindakan menarik telinga seorang daripada mereka.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:17 pm
7.6 juta rekod pengguna Waze didakwa dijual di dark web
October 22, 2026, 12:32 pm
'Dengar suara rakyat, bukan sekadar rasmi majlis' - Yuneswaran santuni golongan memerlukan di Segamat
October 22, 2026, 12:23 pm
Hanya penjawat awam dilarang guna Waze, rakyat masih boleh guna aplikasi lain - Gobind
October 22, 2026, 11:30 am
Dua rakan maut motosikal dirempuh dari belakang, pemandu dipercayai larikan diri
October 22, 2026, 11:06 am
13,072 jawatan doktor KKM kosong, 3,510 letak jawatan dalam tempoh tiga tahun
October 22, 2026, 10:38 am
Baru sehari disuruh berhenti guna Waze, sistem navigasi TuJu pula dah terganggu
October 22, 2026, 9:27 am
Terjerat tawaran kerja lumayan, 72 rakyat Malaysia ditahan kes dadah bernilai RM81.76 juta
October 21, 2026, 11:20 pm
Pelajar kolej ditemukan maut berlumuran darah di belakang restoran
October 21, 2026, 10:56 pm
