Berita Berita
Ustaz Wadi Annuar cedera, Toyota Vellfire dinaiki terbabit kemalangan awal pagi di Gerik
GERIK 23 Okt – Penceramah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar dilaporkan cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Gerik, awal pagi tadi.
Kemalangan kira-kira jam 2.40 pagi itu turut membabitkan dua kereta jenis Perodua Myvi dan Perodua Bezza, menyebabkan lima individu cedera, manakala lima lagi terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.
"Anggota bomba tiba di lokasi terletak 59 kilometer dari balai bomba pada jam 3.42 pagi.
"Kami mendapati kereta Perodua Myvi terbabas ke dalam longkang di bahu jalan. Seorang lelaki berusia 25 tahun tersepit di tempat duduk penumpang hadapan kereta itu manakala pemandunya berusia 24 tahun mengalami kecederaan parah," katanya.
Menurutnya, seorang lagi penumpang lelaki berusia 24 tahun yang berada di tempat duduk belakang Perodua Myvi mengalami kecederaan ringan.
"Sementara itu terdapat empat penumpang di dalamnya MPV Toyota Vellfire. Dua daripadanya cedera dan dua lagi terselamat.
"Kesemua mereka dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.
"Tiga mangsa di dalam kereta Perodua Myvi dan dua penumpang MPV yang cedera dibawa ke Hospital Gerik menaiki ambulans dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba untuk menerima rawatan," jelas beliau.
Sementara itu, tiga individu yang menaiki Perodua Bezza dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bagaimanapun, kenderaan terbabit sudah tiada di lokasi ketika pasukan penyelamat tiba selepas pemiliknya pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.
Operasi menyelamat yang melibatkan 10 anggota bomba bersama tiga jentera tamat sepenuhnya pada jam 4.39 pagi.
Berita berkaitan
October 23, 2026, 12:24 pm
DUN Sarawak dijangka bubar petang ini, laluan PRN Ke-13 bakal terbuka
October 23, 2026, 11:57 am
Stor kuil tidak berdaftar di Klang jadi port sorok dadah RM16.2 juta, polis tumpas empat sindiket
October 23, 2026, 11:37 am
Jangan jadi ‘tauke belakang tabir’ warga asing, Imigresen beri amaran rakyat sewakan lesen berdepan tindakan
October 23, 2026, 10:19 am
PERKESO ‘tapau’ lima anugerah emas MSOSH 2026, unggul dalam budaya keselamatan pekerjaan
October 23, 2026, 9:05 am
Empat beradik miliki 51 rekod berkaitan dadah ditahan lagi, tiga positif syabu dan morfin
October 22, 2026, 5:06 pm
Semua sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok, murid digalak pakai pelitup muka
October 22, 2026, 4:54 pm
Kes hibah RM3.3 bilion, bekas CEO, CFO Tabung Haji mengaku tidak bersalah
October 22, 2026, 4:29 pm
