Berita Berita
DUN Sarawak dijangka bubar petang ini, laluan PRN Ke-13 bakal terbuka
KUCHING 23 Okt – Teka-teki mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka terjawab petang ini apabila Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dijadual mengadakan sidang media khas.
Sidang media yang dijadual berlangsung pada jam 3.30 petang itu dijangka menjadi platform pengumuman pembubaran DUN Sarawak, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Menurut surat jemputan yang diedarkan Pejabat Premier Sarawak kepada pihak media pagi ini, sidang media berkenaan akan diadakan di Dewan Perdana, Aras 1, Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, Kuching.
Semua wakil media turut dijemput hadir bagi membuat liputan sidang media khas tersebut.
Difahamkan, sidang media itu akan berlangsung selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dijadual diadakan sejurus selepas solat Jumaat.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengumuman rasmi mengenai pembubaran DUN Sarawak.
Berita berkaitan
October 23, 2026, 11:57 am
Stor kuil tidak berdaftar di Klang jadi port sorok dadah RM16.2 juta, polis tumpas empat sindiket
October 23, 2026, 11:37 am
Jangan jadi ‘tauke belakang tabir’ warga asing, Imigresen beri amaran rakyat sewakan lesen berdepan tindakan
October 23, 2026, 10:19 am
PERKESO ‘tapau’ lima anugerah emas MSOSH 2026, unggul dalam budaya keselamatan pekerjaan
October 23, 2026, 9:54 am
Ustaz Wadi Annuar cedera, Toyota Vellfire dinaiki terbabit kemalangan awal pagi di Gerik
October 23, 2026, 9:05 am
Empat beradik miliki 51 rekod berkaitan dadah ditahan lagi, tiga positif syabu dan morfin
October 22, 2026, 5:06 pm
Semua sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok, murid digalak pakai pelitup muka
October 22, 2026, 4:54 pm
Kes hibah RM3.3 bilion, bekas CEO, CFO Tabung Haji mengaku tidak bersalah
October 22, 2026, 4:29 pm
