Berita Berita
PERKESO ‘tapau’ lima anugerah emas MSOSH 2026, unggul dalam budaya keselamatan pekerjaan
KUALA LUMPUR 23 Okt – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) terus memperkukuh komitmennya terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) apabila lima pejabatnya menerima pengiktirafan emas pada Anugerah Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) Ke-44 Tahun 2026.
Kesemua lima lokasi PERKESO yang menyertai penilaian berjaya memperoleh pengiktirafan dalam kategori masing - masing, sekali gus mencerminkan usaha berterusan organisasi itu dalam membudayakan amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Menurut kenyataan PERKESO, ibu pejabatnya menerima Anugerah Gold Merit, manakala Pejabat PERKESO Negeri (PPN) Kuala Lumpur dan pejabat PERKESO Ipoh masing-masing meraih Anugerah Gold Class 1.
Sementara itu, PPN Sabah dan Negeri Sembilan turut menerima pengiktirafan menerusi Anugerah Gold Class 2.
Pengiktirafan berkenaan disampaikan dalam majlis Anugerah MSOSH 2026 yang disempurnakan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Wakil kelima-lima pejabat PERKESO menerima anugerah tersebut bersama wakil majikan dari seluruh negara yang berjaya memenuhi piawaian pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berdasarkan penilaian serta audit MSOSH.
PERKESO memaklumkan, pencapaian itu bukan sekadar pengiktirafan terhadap prestasi organisasi, malah membuktikan kesungguhan warga kerjanya dalam memastikan persekitaran pekerjaan yang lebih selamat, sihat, sistematik dan mampan.
Menurutnya, usaha memperkukuh budaya KKP akan terus menjadi antara keutamaan organisasi bagi memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan warga kerja sentiasa diberikan perhatian.
Kejayaan meraih lima pengiktirafan daripada lima penyertaan itu turut mencerminkan komitmen PERKESO dalam menerapkan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara berterusan di setiap peringkat organisasi. - Media Telus
Berita berkaitan
October 23, 2026, 12:24 pm
DUN Sarawak dijangka bubar petang ini, laluan PRN Ke-13 bakal terbuka
October 23, 2026, 11:57 am
Stor kuil tidak berdaftar di Klang jadi port sorok dadah RM16.2 juta, polis tumpas empat sindiket
October 23, 2026, 11:37 am
Jangan jadi ‘tauke belakang tabir’ warga asing, Imigresen beri amaran rakyat sewakan lesen berdepan tindakan
October 23, 2026, 9:54 am
Ustaz Wadi Annuar cedera, Toyota Vellfire dinaiki terbabit kemalangan awal pagi di Gerik
October 23, 2026, 9:05 am
Empat beradik miliki 51 rekod berkaitan dadah ditahan lagi, tiga positif syabu dan morfin
October 22, 2026, 5:06 pm
Semua sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok, murid digalak pakai pelitup muka
October 22, 2026, 4:54 pm
Kes hibah RM3.3 bilion, bekas CEO, CFO Tabung Haji mengaku tidak bersalah
October 22, 2026, 4:29 pm
