Berita Berita
Berkali-kali mohon bantuan kerusi roda kena 'sidai, OKU di Kelantan akhirnya dibantu Steven Sim
Rayuan OKU dari Kelantan akhirnya terjawab, Steven Sim hulur bantuan kerusi roda
BUKIT MERTAJAM – Harapan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dari Pasir Mas, Kelantan untuk memiliki kerusi roda akhirnya menjadi kenyataan selepas mendapat bantuan daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.
Lelaki berkenaan, Che Suzeli Nik Munir, 46, yang menghidap skizofrenia sebelum ini dilaporkan beberapa kali berusaha mendapatkan bantuan daripada pihak berkaitan, namun tidak menerima maklum balas seperti diharapkan.
Keadaan itu mendorongnya menghubungi pusat khidmat Steven menerusi e-mel bagi memohon bantuan kerusi roda untuk kegunaan dirinya serta ibunya yang berusia lebih 80 tahun.
Menurut perkongsian seorang pegawai kepada Steven di Facebook, setiap permohonan bantuan yang diterima pusat khidmat berkenaan perlu melalui proses siasatan dan pengesahan terlebih dahulu bagi memastikan bantuan disalurkan kepada individu yang benar-benar memerlukan.
Hasil semakan mendapati Che Suzeli layak menerima bantuan tersebut sebelum usaha mendapatkan kerusi roda dimulakan.
Pada peringkat awal, pusat khidmat berkenaan cuba mendapatkan sumbangan kerusi roda daripada penduduk setempat di Kelantan menerusi hebahan di media sosial bagi mengurangkan kos penghantaran.
Bagaimanapun, usaha itu tidak membuahkan hasil apabila tiada pihak tampil menawarkan bantuan selepas beberapa hari hebahan dibuat.
Susulan itu, pusat khidmat berkenaan mengambil inisiatif membeli sendiri sebuah kerusi roda secara dalam talian sebelum mengatur penghantaran terus ke kediaman Che Suzeli di Pasir Mas.
Kerusi roda tersebut akhirnya selamat diterima beberapa hari kemudian, sekali gus memberi kelegaan kepada lelaki berkenaan yang sekian lama mengharapkan bantuan itu.
Sebagai tanda penghargaan, Che Suzeli turut mengirimkan gambar kerusi roda yang diterimanya kepada Steven dan pasukan pusat khidmat berkenaan.
Kisah tersebut kemudian dikongsikan seorang pegawai Steven menerusi akaun Facebook peribadinya, termasuk reaksi gembira dan terharu Che Suzeli selepas menerima bantuan yang dinantikan.
Bagi Che Suzeli, sumbangan berkenaan bukan sahaja dapat memudahkan urusan hariannya bersama ibu yang sudah lanjut usia, malah memberi harapan bahawa masih ada pihak yang prihatin terhadap kesusahan golongan memerlukan tanpa mengira lokasi atau sempadan negeri.
Berita berkaitan
October 24, 2026, 4:45 pm
Penyelia maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk ketika pasang papan tanda di lebuh raya
October 24, 2026, 2:35 pm
‘Pelajar tidak sepatutnya hidang arak’ – JPNS siasat dakwaan pada majlis makan malam
October 24, 2026, 1:35 pm
Yayasan Budimas kumpul setengah juta ringgit, beri sinar buat lebih 50,000 kanak-kanak setiap tahun
October 24, 2026, 11:13 am
Kapal tangki milik syarikat Malaysia ditahan, 1.16 tan ketamin dirampas
October 23, 2026, 10:44 pm
15 tahun tunggu 'flyover', penduduk Alam Budiman bawa enam kubur tepi jalan simbolik tuntut penyelesaian
October 23, 2026, 10:23 pm
Sampai hati ibu! Mayat bayi perempuan tujuh bulan ditemui dalam tong sampah apartmen
October 23, 2026, 10:05 pm
Murid Tahun Satu maut dipercayai jatuh dari tingkat 10 PPR ketika main basikal
October 23, 2026, 5:17 pm
