Berita Berita
Pesara kerajaan 72 tahun didakwa cabul dua budak perempuan 10 dan 11 tahun
KANGAR 26 Okt – Seorang pesara kerajaan berusia 72 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan berkaitan kesalahan seksual dan kekerasan jenayah terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan 11 tahun, Ogos lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Annuar Abdullah, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.
Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di sebuah rumah di Jalan Utama, di sini, kira-kira jam 6.30 petang pada 11 Ogos lalu.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, Annuar didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dengan niat mencabul kehormatannya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi, pada tarikh dan masa yang sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Selain itu, mahkamah menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan sepanjang prosiding kes berlangsung.
Tertuduh turut dilarang mengganggu kedua-dua mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 24 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Alif Farhan Hassan, manakala tertuduh diwakili dua peguam, Zuhair Ahmad Zakuan dan Mohamad Alif Farhan Mohamad Supian.
Berita berkaitan
October 26, 2026, 11:36 pm
Kudrat 1968: High Council bukan galak budaya buli, setiap keganasan ada balasan' – Pengarah
October 26, 2026, 10:06 pm
‘UNHCR gagal’ – Kerajaan kaji semula kehadiran UNHCR dalam isu Rohingya
October 26, 2026, 6:02 pm
Pengusaha tomyam dakwa orang 'local' lebih suka buang masa merempit, terpaksa ambil warga asing kerja
October 26, 2026, 3:32 pm
Bantuan khas RM1,000 pemandu teksi meliputi seluruh negara, bukan Melaka sahaja
October 26, 2026, 3:12 pm
Pramugara didakwa memandu mabuk hingga ragut nyawa pekerja penyelenggaraan
October 26, 2026, 3:09 pm
Syarat simpanan minimum RM15,000 Tabung Haji berjaya kurangkan penangguhan giliran haji
October 26, 2026, 3:04 pm
Ahmad Samsuri belum fikir soal calon PM, keutamaan PN fokus menang PRU16
October 26, 2026, 1:47 pm
