Berita Berita
Rakyat digesa waspada hadapi Monsun Timur Laut bermula hari ini
KUALA LUMPUR, 27 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya di kawasan berisiko, supaya sentiasa berwaspada berikutan bermulanya Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan bahawa fenomena cuaca terbabit dijangka berterusan sehingga Mac tahun depan.
Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan pemindahan daripada pihak berkuasa, elak meredah banjir, serta mengelakkan diri daripada berada di lokasi yang berisiko dinaiki air.
Beliau turut mengingatkan masyarakat untuk mengutamakan keselamatan keluarga dengan menyedikan dokumen penting, bekalan ubat-ubatan, barang keperluan asas, dan nombor telefon kecemasan.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan diramal berlaku antara November 2026 hingga Januari 2027 yang berpotensi menyebab banjir di kawasan rendah dan berhampiran sungai.
MetMalaysia turut memberi amaran berhubung risiko angin kencang yang boleh memicu kejadian laut bergelora serta kenaikan paras air laut di perairan Laut China Selatan sepanjang tempoh monsoonal berkenaan.
Berita berkaitan
October 27, 2026, 3:25 pm
Saifuddin ucap takziah pemergian anggota Maritim Malaysia maut dalam operasi
October 27, 2026, 3:19 pm
Kemelut agihan kerusi BN-MCA tunjuk perkembangan positif
October 27, 2026, 3:14 pm
Nik Nazmi beri keterangan lebih tiga jam di JAIS berhubung kes khalwat
October 27, 2026, 2:34 pm
Lelaki mengaku salah empat pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
October 27, 2026, 11:40 am
Pertandingan memancing kolam berbayar boleh jadi haram jika yuran dijadikan hadiah
October 27, 2026, 11:28 am
Pemandu lori rempuh kereta dinaiki dua wartawan dipercayai alami microsleep
October 27, 2026, 11:05 am
Tiada isu tata kelola GLIC dan GLC seburuk skandal 1MDB, Felda atau TH - Anwar
October 27, 2026, 10:58 am
