Berita Berita
28,401 lesen perniagaan dibatalkan akibat salah guna, sewa kepada warga asing
KUALA LUMPUR, 27 Okt. – Sebanyak 28,401 lesen perniagaan dibatalkan di seluruh negara berikutan pelbagai kesalahan pelesenan, termasuk tindakan warganegara tempatan menyewakan lesen atau premis kepada warga asing.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memaklumkan bahawa tindakan pembatalan itu merupakan sebahagian daripada 100,366 tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam tempoh tiga tahun lepas.
Tindakan penguatkuasaan terbabit turut merangkumi pengeluaran 65,023 notis kompaun serta 6,942 kes tindakan sitaan dan penyitaan premis perniagaan.
Sebanyak 10,248 operasi penguatkuasaan bersepadu telah dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi merangkumi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), PDRM, serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Langkah tegas ini diambil bagi membendung penglibatan dan penguasaan warga asing dalam sektor perniagaan tempatan menerusi amalan penggunaan ejen tempatan atau 'Ali Baba'.
Bagi memantapkan kawalan, Jabatan Kerajaan Tempatan sedang menyiap pembinaan sistem pelesenan baharu dikenali sebagai PBTBiz yang menghubungkan pangkalan data PBT dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Sistem PBTBiz yang dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun depan akan mengendalikan semakan keanggotaan dan kewarganegaraan secara masa nyata (real-time) bagi menghalang warganegara asing mengaburi lesen tempatan.
Kenyataan berkenaan dikemukakan menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berhubung jumlah tindakan terhadap pemilik perniagaan yang menyewakan lesen kepada warganegara asing. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 27, 2026, 3:25 pm
Saifuddin ucap takziah pemergian anggota Maritim Malaysia maut dalam operasi
October 27, 2026, 3:19 pm
Kemelut agihan kerusi BN-MCA tunjuk perkembangan positif
October 27, 2026, 3:14 pm
Nik Nazmi beri keterangan lebih tiga jam di JAIS berhubung kes khalwat
October 27, 2026, 2:34 pm
Lelaki mengaku salah empat pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
October 27, 2026, 11:40 am
Pertandingan memancing kolam berbayar boleh jadi haram jika yuran dijadikan hadiah
October 27, 2026, 11:28 am
Pemandu lori rempuh kereta dinaiki dua wartawan dipercayai alami microsleep
October 27, 2026, 11:05 am
Tiada isu tata kelola GLIC dan GLC seburuk skandal 1MDB, Felda atau TH - Anwar
October 27, 2026, 10:53 am
