TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiada isu tata kelola GLIC dan GLC seburuk skandal 1MDB, Felda atau TH - Anwar

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 27 Okt. – Kerajaan mengesahkan tiada sebarang pelanggaran tata kelola dalam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang setaraf dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Felda, mahupun Tabung Haji.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa setakat ini tiada pelanggaran serupa ditemui hasil pemantauan pihak berkuasa.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan komited memastikan kawalan tatakelola institusi kewangan dan pelaburan negara terus diperketat walaupun mengakui tugasan terbabit mencabar.

Kenyataan berkenaan disampaikan oleh Perdana Menteri ketika menjawab soalan pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

+ - reset