TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Keluarga wanita tular tarik tengkuk, cium pipi Bella Astillah tampil mohon maaf

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 28 Okt. – Keluarga kepada wanita yang tular berikutan tindakan menarik tengkuk dan mengucup pipi penyanyi serta pelakon, Bella Astillah pada majlis resepsi perkahwinannya di Muar, Johor tampil memohon maaf secara terbuka atas kejadian berkenaan.

Menantu kepada wanita terbabit menyampaikan permohonan maaf berkenaan menerusi panggilan telefon di sebuah stesen radio tempatan berikutan percubaan menghubungi Bella menerusi mesej peribadi di Instagram tidak mendapat respon.

"Kami satu keluarga ingin memohon maaf di atas keterujaan mak saya itu. Saya betul-betul minta maaf sebab itu di luar jangkaan kami dan tidak menyangka perkara ini boleh berlaku," katanya.

Bella, atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, menyambut baik permohonan maaf terbabit dan mengesahkan dirinya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan.

"Saya sendiri tuan punya badan okay, tiada apa-apa masalah dan tiada sebarang kecederaan. Bagi pihak saya juga, saya minta maaf mungkin ada peminat yang terlebih prihatin hingga menularkan perkara ini," katanya.

Insiden berkenaan tercetus sewaktu Bella bersama suaminya, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sedang menyantuni lebih 10,000 tetamu yang menghadiri majlis Kenduri Rakyat di Yong Sheng Banquet Hall, Muar pada Ahad lalu sebelum siri siri resepsi diteruskan ke Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober ini.

+ - reset