TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

AADK ambil tindakan tatatertib terhadap pegawai cuai susulan siasatan EAIC

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 28 Okt. – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati cuai atau gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) susulan dapatan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung operasi di Bera, Pahang pada Oktober tahun lalu.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh memaklumkan bahawa agensi terbabit memandang serius syor EAIC dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang kegagalan mematuhi SOP serta Perintah Tetap Ketua Pengarah (PTKP), termasuk isu kegagalan membuat catatan dalam buku harian.

Sebagai langkah penambahbaikan, AADK akan menyemak semula Garis Panduan Pertimbangan Tahap Risiko semasa operasi selain mewajibkan pematuhan penggunaan buku catatan bagi setiap pegawai penguat kuasa tanpa pengecualian.

Ruslin turut mengesahkan bahawa AADK akan berurusan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengangkat permohonan peruntukan perolehan kamera badan kepada Kementerian Kewangan demi meningkatkan integriti dan ketelusan operasi.

Langkah terbabit diambil bagi memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dijalankan secara berhemah, mematuhi undang-undang, serta menghormati hak asasi manusia. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset