TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis KL jejak 10 peratus pelajar kerap ponteng, tambah Pegawai Perhubungan Sekolah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 28 Okt. – Polis Kuala Lumpur akan menjejak dan melakukan pemprofilan terhadap kira-kira 10 peratus pelajar di sekitar ibu negara yang didapati kerap ponteng serta tercicir daripada sistem persekolahan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan bahawa tindakan terbabit bertujuan menganalisis punca sebenar keciciran seterusnya membantu membawa golongan berkenaan kembali menyambung persekolahan.

Pasukan polis mengambil pendekatan agresif dengan menggerakkan Unit Peronda Bermotor (URB) dan Kereta Peronda Polis (MPV) ke pekarangan 348 sekolah di seluruh ibu kota sebanyak tiga hingga empat kali seminggu untuk membuat pemeriksaan serta perbincangan bersama guru disiplin.

Fadil berkata demikian ketika berucap pada program Pelajar Pemacu Negara: 'Sayangi Diri, Jauhi Dadah dan Hargai Kehidupan' di Pusat Konvensyen HGH hari ini yang turut dihadiri Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Dalam majlis berkenaan, pihak polis turut mengumumkan penambahan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) kepada lima pegawai bagi setiap sekolah selain meluahkan kebimbangan terhadap pendedahan pelajar kepada ancaman siber dan dark web. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset